Sukan dalam talian atau e-sports semakin mendapat tempat di mata dunia, ramai pemain dalam talian yang pada awalnya bermain permainan dalam talian ini hanya sebagai hobi kini bertukar menjadi kerjaya diri.
Tapi kerjaya seperti ini juga sebenarnya mempunyai risiko kesihatan yang tersendiri, pemain sukan e-sports akan lebih mudah dan senang terdedah dengan kecederaan otot serta saraf di bahagian bahu dan tangan.
Jadi apa yang perlu dilakukan bagi mencegah masalah kesihatan seperti ini? Ikuti cara ini jika ingin kekal lama dalam sukan e-sports.
Wajib Stretching Badan Sebelum Main
Pentingnya sebelum bermain sukan e-sports, pemain perlu melakukan renggangan badan bagi mengelakkan masalah urat saraf serta otot menjadi tegang ketika bermain permainan secara dalam talian ini.
Apatah lagi seorang pemainan akan duduk di kerusi e-sports berjam-jam lamanya, jadi dengan melakukan senaman renggangan ini secara tidak langsung tubuh badan dapat elak sebarang potensi masalah kesihatan lain.
Terapi Badan Tunjang Kesihatan
- Foto – Pinterest
Bukan itu saja, untuk menjaga kesihatan pemain sukan e-sport amalan menjalani terapi badan dari awal adalah kunci penting bagi pemain.
Kerana dengan amalan mengikuti terapi dari awal, dapat mencegah potensi kecederaan otot dan saraf yang serius di kemudian hari.
Perlu Ada Jadual Yang Komprehensif
- Foto – CGTN
Di sebalik kejayaan ahli sukan dunia sebenarnya adalah dari aturan jadual yang komprehensif, sebab itu ramai pemain sukan dunia memiliki jadual latihan dan rehat yang seimbang.
Dengan aturan jadual sebegini, jurulatih tidak perlu bimbang jika pemain bermain terlebih masa hingga menyebabkan kecederaan pada diri.
Oleh itu, pemain sukan e-sports juga perlu miliki jadual sukan yang komprehensif barulah dapat bermain lama dalam industri e-sport ini.
Diet Yang Sesuai Adalah Perlu
- Foto – Gamers Radar
Selain itu, untuk mencegah sebarang potensi masalah kesihatan tubuh badan yang lain, pemain sukan dalam talian ini perlu amalkan gaya pemakanan yang sihat dan sesuai untuk tumbesaran tulang dan tubuh badan secara keseluruhannya.
Bagi yang ingin berada lama dalam sukan e-sports ini, pentingnya untuk kamu menjaga kesihatan diri bermula dari awal lagi.
Semoga bermanfaat, selamat beramal♥