Tidak asing lagi dalam masyarakat kita apabila ikan bilis menjadi sebahagian daripada makanan harian tidak kiralah dalam nasi lemak, masakan lauk pauk, kudapan dan sebagainya.
Untuk pengetahuan kamu, ikan bilis ini merupakan ikan air masin yang diawet kering. Tujuannya adalah sebagai perasa makanan tambahan dan ditambah ke kebanyakan hidangan makanan lain.
Rasa ikan bilis ini bukan sahaja sedap, malah ia boleh membuatkan kamu menjadi ‘ketagih’. Tetapi sebenarnya apa khasiat ikan bilis ini dan elok ke kalau kita makan setiap hari?
Kebaikan Dan Khasiat Ikan Bilis
Kalau kamu mahu tahu, ikan bilis merupakan salah satu sumber Omega-3 fatty acid yang terbaik selain daripada salmon dan tuna.
Walaupun begitu, ramai yang tidak tahu apakah khasiat dan kebaikan yang mereka peroleh daripada makan ikan bilis. Jadi ini adalah beberapa kebaikan dan khasiat yang boleh diperolehi.
Kalsium
Mengambil ikan bilis dalam diet harian kamu boleh memberikan jumlah kalsium yang secukupnya kepada kesihatan.
Seperti yang kamu tahu, kalsium sangat terkenal dengan fungsinya yang mengekalkan kepadatan tulang selain membantu otot dan sel saraf bekerja dalam keadaan yang lebih baik.
Setiap 600g hidangan ikan bilis dapat memberikan 1/4 daripada pengambilan kalsium harian seperti disyorkan iaitu sebanyak 250mg.
Selenium
Ikan bilis juga mengandungi selenium iaitu sumber mineral yang sangat penting untuk jantung. Fungsi selenium ini adalah menjaga kesihatan dan mencegah arteri daripada tersumbat selain mengekalkan saluran darah berfungsi dengan sebaiknya.
Selenium ini sangat penting kerana ia dapat mengelakkan kamu daripada menghidapi strok. Selain itu, ia juga akan memastikan fungsi tiroid kamu berada dalam keadaan yang normal dan mengekalkan kesihatan sel badan dalam keadaan yang lebih baik.
Untuk pengetahuan kamu, beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan kandungan selenium yang cukup untuk seseorang individu boleh mengurangkan risiko dalam menghidapi pelbagai jenis kanser.
Niacin Dan Vitamin B-12
Kamu juga boleh meningkatkan pengambilan vitamin dengan memakan ikan bilis. Kebaikan niacin dan Vitamin B-12 pada kesihatan adalah ia berperanan dalam menjaga fungsi sistem saraf supaya berada dalam keadaan yang sihat.
Jika kamu mempunyai tahap niacin yang rendah, ia boleh menyebabkan kamu menjadi murung, keletihan dan berasa kekeliruan.
Manakala sekiranya kamu mempunyai kekurangan Vitamin B-12, ia boleh menyebabkan kerosakan saraf secara negatif di mana ia boleh pengaruhi fungsi kognitif dan deria sentuhan.
Protein Dan Lemak Sihat
Untuk hidangan sebanyak 600g ikan bilis yang segar, kamu boleh memperolehi kandungan proterin dan lemak sihat yang diperlukan oleh badan termasuklah omega-3 fatty acid.
Kandungan protein dalam ikan bilis boleh menghasilkan asid amino yang membantu badan mengekalkan tisu sihat selain memberi fungsi kepada sistem imun.
Selain itu, omega-3 fatty acid dalam ikan bilis boleh membuatkan kamu kurang keradangan, membantu penglihatan dan membentu sebahagian membran sel.
Dalam pada masa yang sama, asid lemak tersebut boleh mengurangkan penyakit kardiovaskular dan melindungi daripada terkena penyakit Alzheimer.
Ambil Yang Segar Bukan Dalam Tin Atau Diawet
Sekiranya kamu mahu mengambil ikan bilis setiap hari, pastikan kamu makan ikan bilis yang segar dan bukannya di dalam tin mahupun diawet kering.
Ini kerana ikan bilis yang diawet dan berada dalam tin boleh mengandungi lebih daripada 1000mg sodium iaitu 2/3 garam yang lebih dari had pengambilan harian seperti disyorkan.
Kandungan garam yang tinggi boleh membuatkan ikan bilis ini menjadi penyebab kepada penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi berlaku. Selain itu, kamu juga boleh mengalami kerosakan buah pinggan.
Dalam pada masa yang sama, ikan bilis dalam tin mahupun diawet adalah bersifat arsenik iaitu menggalakan pertumbuhan sel kanser.
Tetapi jika kamu mahu mengambil ikan bilis dalam tin mahupun diawet kering, pastikan ambil dalam kuantiti yang sederhana dan tidak dimakan setiap hari.
Kamu Perlu Tahu Ini!
Ikan bilis merupakan makanan yang kaya dengan purin yang dapat meningkatkan tahap asid hurik dalam badan. Sekiranya kamu mengalami sakit gout atau sakit sendi, pastikan pengambilan ikan bilis diambil dalam jumlah yang sederhana sahaja.
Selain itu, kamu perlu membuang kepala dan perut ikan bilis terlebih dahulu kerana ia mengandungi jumlah kolestrol yang sangat tinggi. Jadi sebelum makan, pilih ikan bilis yang sudah siap dikupas dan dibuang perut dan kepalanya.
Setiap satu jenis makanan memang memberikan kesedapan dalam masakan termasuklah ikan bilis. Jadi amalkan kesederhanaan untuk elakkan kesan buruk pada kesihatan.