Penggunaan alat memasak air fryer kini telah menjadi sebahagian dalam kehidupan semua orang, apatah lagi alat memasak ini telah disyorkan bagus untuk memasak makanan kesihatan.
Tetapi tiba-tiba keluar pula berita, bahawa keadah memasak menggunakan air fryer ini sebenarnya berisiko menjejaskan kesihatan diri.
Potensi Mendapat Kanser
- Foto – Pharmacy Business
Dipetik dari Asia One, Majlis Pengguna Hong Kong memberi amaran kepada rakyatnya agar berhati-hati jika memasak menggunakan air fryer di rumah.
Difahamkan alat memasak tersebut berpotensi menyebabkan pengguna mendapat kanser menerusi makanan yang di masak menggunakan air fryer tersebut.
Kandungan Penyebab Kanser Yang Tinggi
- Foto – Insider
Selain itu, Majlis Pengguna Hong Kong menjalankan uji kaji ke atas 12 alat memasak air fryer, yang mana enam dari alat memasak tersebut digunakan pada kentang sejuk beku.
Hasilnya terdapat kandungan carcinogenic yang juga dikenali sebagai acrylamide pada kentang sejuk beku yang di masak pada suhu yang tinggi menggunakan air fryer tersebut.
Acrylamide yang merupakan bahan penyebab kanser ini menunjukkan tahap yang tinggi di dalam kentang sejuk beku tersebut, dan tahap ketinggian kandungan itu telah melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah (EU).
Melebihi Piawaian Yang Ditetapkan Kesatuan Eropah
- Foto – Pinterest
Majlis Pengguna Hong Kong telah menyelidik beberapa jenama alat memasak air fryer yang menyebabkan, makanan menghasilkan bahan penyebab kanser acrylamide pada tahap yang tinggi.
- Imarflex IHF-26E – Dengan kandungan acrylamide sebanyak 7,038 mikrogram per kilogram
- Denki DAF-35 – Dengan kandungan acrylamide sebanyak 1,475 mikrogram per kilogram
- ecHime AF1400BK – Dengan kandungan acrylamide sebanyak 1,471 mikrogram per kilogram
Manakala jumlah atau tahap kandungan acrylamide yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Eropah (EU) adalah sebanyak 500 mikrogram per kilogram sahaja.
Jadi sudah terang-terang alat memasak dari jenama yang dinyatakan di atas melebihi piawaian yang ditetapkan Kesatuan Eropah (EU).
Kurangkan Masak Guna Air Fryer
- Foto – Pinterest
Dipetik dari Asia One, ketua Jawatankuasa Penyelidik dan Uji Kaji, Nora Tam Fung-yee menyarankan agar orang ramai kurangkan makan masakan yang di masak menggunakan air fryer bagi elak risiko serangan kanser.
Beliau juga menyatakan kaedah memasak air fryer bagus kerana tidak menggunakan sebarang minyak, tetapi dalam masa yang sama alat memasak ini mampu menghasilkan bahan penyebab kanser dalam tahap yang tinggi.
Oleh itu, lebih baik kurangkan masak atau makan makanan yang di masak menggunakan air fryer. Dan jika nak makan, ambil makanan dalam kuantiti yang sederhana atau kecil.
Nak Pakai Boleh, Kawal Masa Dan Suhu
- Foto – Pinterest
Rasanya mustahil untuk tidak menggunakan langsung alat memasak air fryer dalam kehidupan, jadi penyelidik menyarankan agar pengguna, bijak mengawal masa dan suhu agar tidak terlalu tinggi atau terlalu lama.
Penyelidik mendapati makanan yang di masak menggunakan suhu yang rendah dalam tempoh masa yang singkat, menunjukan kandungan acrylamide lebih rendah dari tahap piawaian yang ditetapkan Kesatuan Eropah (EU).
Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak dan dalam masa yang sama mampu menjaga kesihatan diri serta keluarga menerusi makanan yang di masak.