Kamu pernah menonton video porno?
Kebiasaannya video porno dan lelaki sangat berkait rapat. Tetapi, tidak kurangnya juga dengan golongan wanita kerana terdapat segelintir mereka mengalami ketagihan menonton video tersebut.
Walaupun jumlahnya tidak ramai seperti lelaki, bagi kamu adakah normal bagi seorang wanita untuk menonton video porno?
Err… Normal Ke?
Zaman dahulu, kalau golongan wanita nak sebut video porno sahaja sudah malu dan merasakan diri seperti melakukan kesalahan jenayah apatah lagi menontonnya.
Berbeza dengan sekarang, bagi context dewasa ianya normal untuk wanita dewasa menonton video porno. Tetapi boleh juga berubah menjadi tidak normal apabila seseorang wanita mula ketagih.
Jika kamu merasakan diri perlu menonton video porno sekurang-kurangnya satu video setiap hari, hati-hati kamu mungkin atau sudah menjadi ketagih terhadap video porno.
Bagi wanita yang menonton video porno ini, mereka mempunyai alasan tersendiri. Ada yang memerlukan dan mencari ketenangan hidup. Serta ada juga yang tidak puas dan mahu larikan diri daripada perhubungan dalam dunia realiti.
Bagaimana Pula Dengan Perhubungan?
Dalam perhubungan, jika kamu menonton video porno tidak semestinya ianya buruk dan juga baik. Bergantung kepada setiap individu, ada yang menjadi ketagih dan ada yang tidak.
Menurut kajian yang dilakukan, ada yang menganggap menonton video porno ini tidak mempengaruhi hubungan mereka. Dan ada yang cenderung untuk berasa tidak puas dengan hubungan seks yang dilakukan dengan pasangan.
Bagi wanita, ia boleh menimbulkan tekanan emosi kepada diri dan juga perhubungan. Dalam pada masa yang sama, video porno boleh mengganggu fungsi harian kamu.
Jika ianya berlaku, kamu perlu semak kembali apakah tujuan sebenar kamu menonton video porno? Adakah untuk memperbaiki hubungan seks atau menjauhkan diri daripada pasangan?
Kesan Ketagihan Video Porno Kepada Perhubungan
Bagi sesetengah wanita, menonton video porno ini sebenarnya memberi kesan kepada perhubungan tidak kiralah baik ataupun buruk. Agak-agak kamu, apakah kesannya?
-
Perhubungan Okay Atau Tidak?
Menonton video porno ini sebenarnya memberi kesan kepada perhubungan setiap pasangan. Bagi sesetengahnya, ada yang mengatakan video porno ini penyebab kepada keretakan yang berlaku dan ada yang bantu ‘hidupkan’ hubungan mereka.
Menurut kajian yang dilakukan, menonton video porno secara bersendirian boleh menyebabkan hubungan menjadi renggang. Ini kerana menonton secara bersendirian boleh mengurangkan keintiman pasangan, tidak memberikan kepuasan dan kurang komitmen.
Manakala jika pasangan menonton video porno bersama-sama, ia boleh membantu ‘menghidupkan’ lagi perhubungan mereka selain menaikkan kepuasan seksual masing masing.
-
Kepuasan Seksual
Sudah semestinya menonton video porno dapat mengurangkan kepuasan seksual ketika bersama dengan pasangan.
Jika kamu kerap menonton video porno, kamu akan mempunyai expectation yang tinggi terhadap pasangan. Expectation itu terjadi apabila kamu sudah biasa melihat dan merasai kepuasan yang dialami ketika menonton video porno.
Apabila bersama dan pasangan tidak memberikan kepuasan sama seperti expectation kamu, ia akan membuatkan kamu lebih mahu menonton video porno bagi mencapai kepuasan sendiri berbanding dengan pasangan.
-
Curang? Tidak Mustahil
Bagi sesetengah wanita, ada pasangan yang tidak suka mereka menonton porno dan ada pasangan yang tidak sesuai dengannya apabila meminta untuk lakukan seperti dalam video yang ditonton.
Apabila situasi ini berlaku, tidak mustahil ia boleh membuatkan kamu mula menyimpan rahsia dan berlaku curang dengan pasangan. Ini kerana kamu tidak mendapat kepuasan dengan pasangan dan mula mencari hubungan baru bagi memuaskan kehendak kamu.
Apabila menjumpai pasangan baru yang boleh memuaskan kehendak seksual, hubungan dengan pasangan dahulu secara automatik menjadi renggang dan boleh membuatkan kepercayaan semakin berkurangan terhadap kamu.
Nak Atasi Ketagihan? Buat Macam Ini
Bagi kamu yang ingin menyelamatkan diri dan perhubungan daripada ketagihan menonton video porno, kamu boleh mengambil kira beberapa cara ini untuk atasinya.
-
Perubahan Gaya Hidup
Tidak dinafikan ada segelintir wanita yang menonton video porno ini disebabkan oleh rasa bosan dan tertekan dengan hidup mahupun hubungan seksual bersama pasangan. Jika kamu berada dalam situasi itu dan mahu menonton video porno, segera tahan diri dan berhenti secara perlahan-lahan.
Kamu boleh mencuba dengan melakukan beberapa perubahan gaya hidup seperti bersenam, berjumpa dengan rakan-rakan, luangkan masa dengan pasangan dan keluarga atau lakukan perkara yang kamu suka.
Apabila kamu melakukan aktiviti selain menonton video tersebut, badan akan berasa letih dan kamu akan terus berehat serta tidur. Kesannya, keinginan untuk menonton video porno akan menurun.
-
Dapatkan Kaunseling Mengenai Perhubungan
Jika kamu merasakan ketagihan menonton video porno ini membawa kesan buruk kepada perhubungan dengan pasangan, kamu boleh mendapatkan kaunseling bagi membaikinya.
Melakukan kaunseling dengan pasangan dapat membantu kamu melihat kembali kekurangan dan lakukan perubahan bagi menyelamatkan hubungan dan menghidupkannya.
Melalui kaunseling ini, kamu dan pasangan akan berupaya untuk meluahkan apa yang terbuku di hati dan menimbulkan kembali kepercayaan dan kepuasan di antara pasangan.
Kamu perlu tahu, bukannya tidak boleh menonton video porno. Boleh tetapi lakukan secara berkala untuk kebaikan diri dan juga perhubungan kamu.
Selamat beramal!