Berat badan naik dan runsing fikirkan solusi untuk turunkannya?
Apa kata kamu mencuba rutin senaman yang dilakukan oleh BTS Jungkook. Bukan sahaja berkesan turunkan berat badan, malah boleh kekalkan bentuk badan yang ideal.
Hanya ambil masa dalam tiga hari sahaja seperti seorang wanita iaitu Maya Lee yang berkongsi di akaun YouTube miliknya.
Dia melakukan rutin senaman BTS Jungkook selama tiga hari dan terkejut dengan hasilnya kerana berat badannya turun seperti yang dia mahukan.
Jadi tunggu apa lagi, jom mula sekarang!
11 Langkah Sahaja!
Untuk pengetahuan kamu, senaman ini tidak akan menggunakan apa-apa peralatan melainkan tikar yoga. Dan rutin senaman ini sangat mudah dan melibatkan 11 jenis langkah.
Langkah 1- Jumping Jacks 10x (Panaskan Badan)
Langkah 2- Squats 20x
Langkah 3- Push Ups 20x
Langkah 4- Jump Squats 20x
Langkah 5- Pike Push Ups 20x
Langkah 6- Planks 10x
Langkah 7- Mountain Climbers 20x
Langkah 8- Burpees 15x
Langkah 9- Crunches 20x
Langkah 10- Superman Exercise 20x
Langkah 11- Arm Open Close 20x (Sejukkan Badan)
Jadi bila kamu mahu mulakan rutin senaman ini? Selamat mencuba!