• Latest
Foto - AARP / Her World

Selain Elakkan Jerawat, Ini Rupanya Manfaat Tembikai Pada Kulit

February 20, 2021
Foto - IKEA

IKEA Keluarkan Merchandise Hoodies Hingga Botol Air, Sumpah Cun!

February 26, 2021
Foto - Pinterest

Cuaca Panas Lit-Lit, 7 Resepi Air Sesuai Minum Sebagai Penghilang Dahaga

February 26, 2021
Foto - iStock

Elak Anak Tidur Sambil Hisap Botol Susu Kalau Tak Mahu…

February 26, 2021
Foto - Freepik

Katanya 4 Zodiak Ini Paling Susah Nak Percaya Orang

February 26, 2021
Foto - The Mirror

Belum Kahwin Dah Ada Baby Bump, Curi 10 Minit Setiap Hari Perut Buncit Hilang!

February 26, 2021
Foto - Asia Tatler / Asia One

9 Watak Ini Yang Paling Bergaya Dalam K-Drama 2020

February 26, 2021
Foto - Japan Objects

Usia Tua Tapi Muka Nampak Belasan Tahun, Ikut Tips Anti-Penuaan Ini

February 26, 2021
Foto - WBFF

Kenapa Vaksin COVID-19 Perlu Ambil Sehingga 2 Dos?

February 26, 2021
Foto - ABC7/Stereogum

Ngeri Penjaga Anjing Lady Gaga Kena Tembak

February 26, 2021
Foto - Pinterest

7 Petanda Kamu Ambil Terlalu Banyak Gula Tanpa Sedar

February 25, 2021
Foto - Pinterest

7 Cara Kekalkan Rasa Cinta Walaupun Dah Bertahun Lama

February 25, 2021
Foto - Freepik

Seminggu Sekali Kena Ada Hari Malas, Ini Manfaat Kamu Dapat

February 25, 2021
Friday, February 26, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Selain Elakkan Jerawat, Ini Rupanya Manfaat Tembikai Pada Kulit

by Sofie Azizlan
February 20, 2021
Foto - AARP / Her World

Foto - AARP / Her World

16
SHARES
159
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa suka makan buah tembikai?

Cuaca panas-panas macam ini, sesuai sangatlah kalau nak makan buah tembikai. Rasa sejuk tekak dan segar sangat badan!

Kalau kamu mahu tahu, buah tembikai ini berfungsi untuk menghidrasi badan dan hilangkan dahaga. Pada masa yang sama, adakah kamu tahu buah tembikai ini mempunyai pelbagai manfaat kepada kulit wajah?

Selain baik untuk merawat jerawat dan kulit berminyak, ini adalah beberapa manfaat yang kamu perlu tahu tentang buah tembikai.

Kulit Menjadi Lembap

Siapa sahaja tak mahu kulit menjadi lembap dan bila menekannya rasa seperti melantun semula?

Foto – Pinterest

Untuk dapatkan kulit yang lembap dan terhidrasi, kamu perlu makan buah tembikai. Ini kerana buah tembikai mengandungi jumlah air yang sangat tinggi sehingga dapat membantu badan dan kulit terhidrasi.

Kalau kamu mempunyai masalah kulit kering, pasti rasa sangat rimas dengan keadaan kulit yang kering dan kusam. Jadi kamu boleh gunakan buah tembikai sebagai topeng muka. Campurkan dengan madu untuk membuatkan kulit sentiasa menjadi lembap.

Boleh Jadi Ubat Jerawat

Stress juga apabila sudah lakukan bermacam-macam perkara, jerawat tetap naik dan makin menjadi teruk! Macam mana nak buat?

Foto – Everyday Health

Untuk pengetahuan kamu, kamu boleh menjadikan buah tembikai sebagai topeng muka bagi merawat masalah jerawat yang terjadi. Kandungan nutrien yang tinggi dalam buah tersebut menjadikan ia sebagai ubat semula jadi untuk tembikai.

Jadi kalau selepas ini jerawat mula naik di wajah, gunakan sahaja tembikai sebagai topeng muka bagi merawat masalah kulit kamu.

Menjadi Toner Semula Jadi 

Buah tembikai sememangnya mengandungi bahan-bahan semula jadi dan sesuai untuk kulit bagi menjadikannya kelihatan lebih segar.

IKLAN

Foto – Mask Natural

Untuk menjadikannya sebagai toner semula jadi, kamu boleh ambil sepotong tembikai yang segar, kemudian sapu dan urut di bahagian wajah.

Kalau nak hasil yang lebih berkesan, kamu boleh campurkan buah tembikai tersebut dengan madu. Atau kamu boleh jadikannya sebagai jus, dan sapu di seluruh bahagian muka dan leher.

Mencegah Penuaan Pramatang 

Kaya dengan Lycopene, Vitamin C dan Vitamin A, buah tembikai ini dapat memberi nutrien yang secukupnya bagi menghalang kulit wajah daripada terdedah dengan radikal bebas.

Apabila terdedah dengan radikal bebas, ia boleh menyebabkan garis-garis halus, kedutan dan bintik-bintik gelap terjadi pada wajah.

Foto – Trilogy

Selain itu, kandungan antioksidan dalam buah tembikai juga boleh mengurangkan radikal bebas dalam badan dan mencegah kesemua tanda-tanda penuaan kulit.

Untuk mencegah penuaan pramatang, kamu boleh gunakan buah tembikai sebagai topeng muka atau memakan buah tersebut dalam kuantiti yang disyorkan bagi memberi hasil yang terbaik.

Dapat Kurangkan Lebihan Minyak 

Pernah tak kamu berasa malu apabila berada di luar rumah atau tengah dating, pegang sahaja kulit rasa berminyak sangat? Kalau kamu mahu tahu, ada penyelesaiannya!

Foto – Trilogy

Penyelesaiannya adalah buah tembikai. Sebenarnya buah tembikai mengandungi jumlah Vitamin A yang sangat tinggi. Vitamin ini dapat mengurangkan penampakan pori yang ketara dan meminimunkan rembesan minyak yang berlebihan daripada kelenjar sebum.

Meredakan Kawasan Kulit Yang ‘Marah’ 

Kalau kamu mahu tahu, di Korea ramai yang menggunakan kulit buah tembikai untuk meredakan dan menenangkan kawasan kulit yang teruk.

Foto – Utopia.org

Manfaat kulit tembikai ini adalah ia dapat mengurangkan kemerahan, menenangkan keradagan dan mempercepatkan proses pengantian sel. Dan kulit tembikai ini kebiasaannya digunakan untuk menggosok wajah selepas terkena sunburn, ruam bagi meredakan dan pulih dengan lebih cepat.

Untuk hasil yang lebih baik, kamu boleh jadikan sebagai topeng penyejuk di mana kamu campurkan kulit buah tembikai dengan alpukat atau pisang.

Bagus rupanya buah tembikai ini. Selain membuatkan badan sentiasa terhidrat, buah ini juga dapat membantu pelbagai jenis masalah kulit. Lepas ini kalau kamu mengalami situasi-situasi di atas, makan buah tembikai okay?

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: kebaikan tembikaiKulit Berjerawatkulit berminyakmanfaat tembikaimanfaat tembikai untuk kulit wajahtembikai untuk kulit wajah
Share6Tweet4Send

TRENDINGMINGGU INI

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Selain Elakkan Jerawat, Ini Rupanya Manfaat Tembikai Pada Kulit

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.