Di pasaran terdapat pelbagai sabun pembersih untuk bahagian faraj wanita. Yang ada masalah berbau, ketidak selesaan, gatal-gatal, keputihan, dan bermacam lagi masalah kononnya boleh dirawat dengan sabun ini.
Walhal hal pembersihan bahagian intim itu sebenarnya tidak memerlukan sebarang sabun, cukup dengan air sahaja dan ia tidaklah serumit yang disangka.
Miss V Cuci ‘Dirinya’ Sendiri
Sebetulnya, anda tidak perlu mencuci faraj. Hal ini kerana faraj atau vagina merupakan bahagian dalam organ kemaluan wanita. Sebaliknya bahagian luar alat sulit dipanggil vulva. Vulva merujuk kepada bahagian luar faraj.
- Foto – Cosmopolitan
Anda hanya perlu membasuh vulva dan bukan faraj. Faraj anda boleh menjalankan fungsi pembersihan dan mengekalkan tahap pH yang betul dengan sendirinya secara semula jadi.
Perbuatan membersihkan alat sulit boleh menjejaskan keupayaan istimewa faraj ini. Jika anda membasuh faraj, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah dan jangkitan lain.
Ini Caranya Membersihkan Miss V
Cara terbaik untuk penjagaan faraj dengan membasuh bahagian vulva menggunakan air suam. Jika anda mahu, anda boleh menggunakan sabun ringan yang tidak akan menyebabkan kerengsaan pada kulit.
Sama ada menggunakan tangan atau kain basah yang bersih, buka bahagian bibir faraj dan gosokkan dengan perlahan. Elakkan dari membiarkan air mahupun sabun memasuki bahagian dalam faraj.
- Foto – Health Business
Di samping itu, selain membasuh bahagian vulva, membersihkan alat sulit seperti kawasan dubur dan bahagian antara vulva dan dubur juga amat digalakkan.
Cara terbaik untuk membasuh bahagian intim adalah dari depan ke belakang selepas membuang air sama ada kencing atau air besar untuk mengelakkan jangkitan bakteria.
Jangan Guna Sabun
Jika anda berasa masih mahu membasuh bahagian intim anda dengan sabun, pilihlah sabun yang tidak mengandungi bahan pewangi, ringan dan tiada pewarna.
Ini kerana sabun dengan pewangi boleh menyebabkan kerengsaan pada bahagian kulit yang sensitif dan sekitar vulva, sehingga timbulnya masalah kegatalan faraj.
- Foto – Arabia
Jika produk yang menjual mendakwa bahawa ia boleh mengurangkan bau dan membersihkan alat sulit wanita., jangan terpengaruh.
Produk seperti itu lebih membawa kepada keburukan dan tidak diperlukan oleh bahagian intim anda. Ia boleh menyebabkan kerengsaan pada vulva dan faraj.
Kesimpulannya elak sebarang produk dan hanya gunakan air suam saja. Walaupun ketika anda mengalami period, cara membasuh faraj masih sama dan tidak berubah. Jika anda bimbangkan bau yang tidak menyenangan, anda cuma perlu lebih kerap membasuhnya.
Selamat Beramal!