“Muka lawa dah tapi bibir hitam gelap mesti kuat merokok, baru ingat nak berkenalan tak apalah cari orang lainlah.”
Jangan terkejut jika terdengar ada orang yang mengata sedemikian rupa, hanya kerana gara-gara bibir wanita tersebut hitam dek disebabkan tabiat merokok.
Elok-elok nak dapat jodoh, dah cabut lari pergi cari orang lain tak ke sedih?
Bagi wanita yang sudah berhenti merokok, dan ingin mencerahkan semula bibir yang hitam akibat menghisap rokok kamu boleh cuba cara di bawah.
#1 Madu
- Foto – Pinterest
Untuk menghilangkan bibir yang hitam akibat merokok, apa yang boleh kamu lakukan adalah dengan mengoles sedikit madu dan gosok bibir hingga tertanggal sel kulit mati.
Peruntukkan masa tiga ke lima minit setiap hari untuk menggosok bibir dengan madu, dan yakinlah bibir kamu akan beransur-ansur kembali merah seperti dahulu.
#2 Kunyit Hidup
- Foto – Medical News Today
Kunyit hidup juga boleh membantu mencerahkan semula kulit bibir yang hitam akibat merokok, cara mudah saja ambil dua inci kunyit hidup dan tumbuk hingga halus.
Kemudian oleskan kunyit hidup pada bibir dan biarkan rehat selama 15 minit, selepas itu basuh bibir bersih-bersih. Lakukan cara ini setiap hari, agar kulit bibir kembali memerah seperti dahulu.
#3 Minyak Zaitun
- Foto – CGTN
Kamu juga boleh menggunakan minyak zaitun bagi menghilangkan bibir hitam, cara dengan mengoles minyak zaitun di bibir setiap hari.
Kamu boleh amalkan cara ini dengan mengoles di bibir selepas mandi pada waktu pagi, dan sebelum tidur pada waktu malam. Amalkan setiap hari, yakinlah bibir kamu akan kembali cerah seperti sedia kala.
#4 Minyak Kacang Almond
- Foto – Klik Dokter
Selain itu, kamu juga boleh amalkan minyak kacang almond kerana ia juga mampu membuatkan bibir kembali merah.
Cara sama seperti mengguna minyak zaitun, oles minyak kacang almond di bibir pada waktu pagi selepas mandi dan waktu malam sebelum tidur.
#5 Skrub Gula
- Foto – Free Malaysia Today
Gula juga boleh digunakan bagi menanggalkan sel kulit mati pada bibir yang hitam itu, dengan cara mengoles gula pada bibir dan menggosok bibir bagi menanggalkan sel kulit mati tersebut.
Luangkan masa tiga ke lima minit setiap hari untuk lakukan skrub gula pada bibir, InsyaAllah bibir akan kembali mekar semula.
#6 Buah Strawberi
- Foto – Rasa
Suka makan buah strawberi, hah baguslah kerana buah ini juga boleh mampu membuatkan bibir kembali merah semula.
Cara belah buah strawberi kemudian ambil buah yang telah dipotong itu dan oleskan pada bibir selama 15 minit, lakukan cara ini setiap hari bibir akan bertukar cerah.
#7 Pokok Lidah Buaya @ Aloe Vera
- Foto – Real Food
Selain itu, pokok lidah buah atau aloe vera juga bagus guna bagi mengembalikan warna asal bibir, caranya oleh pokok lidah buaya pada bibir selama 15 minit dan kemudian bilas bibir dengan air bersih.
Lakukan cara ini setiap hari, InsyaAllah bibir akan kembali memerah semula, sel kulit bibir hitam akan tanggal dan diganti dengan sel kulit bibir yang baru dan sihat.
Kamu boleh cuba cara-cara yang dikongsi seperti di atas, yang penting kamu rajin dan konsisten InsyaAllah akan cerah semula bibir yang hitam itu.
Selamat beramal♥