• Latest
Foto - The List

Bangun Tidur Muka Jadi Bengkak? Elak 6 Jenis Makanan Ini

February 22, 2021
Foto - Pinterest

7 Petanda Kamu Ambil Terlalu Banyak Gula Tanpa Sedar

February 25, 2021
Foto - Pinterest

7 Cara Kekalkan Rasa Cinta Walaupun Dah Bertahun Lama

February 25, 2021
Foto - Freepik

Seminggu Sekali Kena Ada Hari Malas, Ini Manfaat Kamu Dapat

February 25, 2021
Foto - CreativeSoul Photography

Sumpah Lawa Tema “Black Royalty”, Siapa Kata Kulit Hitam Tak Sesuai Jadi Puteri Raja

February 25, 2021
Foto - Persatuan Abang Tanjung Penang (Facebook) / Shenaz Khan (Facebook)

3 Bahan Atasi Rambut Gugur Dan Nipis Ikut Cara Orang Dahulu

February 25, 2021
Foto - Serious Eats

Inilah Kek Comel Perancis Madeleine Dan Cara Membuat

February 25, 2021
Foto - Pinterest

Kecoh Satu Dunia G-Dragon Dan Blackpink Jennie Bercinta, Tapi Betul Ke?

February 25, 2021
Foto - Ag Funder News

Demam Babi Afrika Di Sabah, Ini Yang Kamu Perlu Tahu

February 25, 2021
Foto - Allure

Becca Cosmetics Tutup Kedai Selamanya September Ini!

February 25, 2021
Foto - Times of India

Tak Sangka Aishwarya Rai Dah 47 Tahun, Ini Rahsia Dia Maintain Cantik

February 24, 2021
Foto - Pinterest

Amal Makan Gastrodia Rhizomes, 7 Pintu Rahsia Kesihatan Terbuka

February 24, 2021
Foto - Paula's Choice Singapore

Boleh Ke Setiap Hari Pakai Face Oil?

February 24, 2021
Thursday, February 25, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Makanan

Bangun Tidur Muka Jadi Bengkak? Elak 6 Jenis Makanan Ini

by Sofie Azizlan
February 22, 2021
Foto - The List

Foto - The List

12
SHARES
116
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Bangun tidur rasa muka macam pelik dan bengkak, kamu pernah jadi macam ini?

Kalau pernah, agak-agak kamu apakah penyebabnya? Jika kamu tidak tahu, semak kembali makanan apa yang kamu makan sebelum tidur?

Kebiasaannya jika makan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi sebelum tidur, boleh membuatkan wajah menjadi bengkak dan nampak tidak cantik!

Jadi kalau tidak mahu muka menjadi bengkak pada waktu pagi, wajib untuk kamu elakkan daripada makan makanan ini sebelum tidur.

Mi Segera 

Sedap dimakan pada waktu malam, tambah-tambah lagi sebelum kamu masuk tidur. Barulah kamu boleh rasai kesedapan mi segera ini.

Foto – Nutshell School

Menjadi makanan yang cepat dan senang disediakan bagi mereka yang lapar di tengah malam, adakah kamu tahu sebenarnya perencah mi segera ini mempunyai kandungan garam yang tinggi terutamanya dalam serbuk perencahnya?

Kesan garam yang tinggi ini jika diambil pada waktu malam boleh membuatkan wajah menjadi bengkak selepas bangun tidur. Sebab itulah kalau kamu perasan, selebriti akan elak makan mi segera pada waktu malam.

Produk Tenusu

Susu, krim atau keju merupakan produk tenusu yang dapat berikan keradangan pada badan selain membengkakan wajah.

Foto – Harvard Health

Kalau kamu sering minum segelas susu sebelum tidur, selepas ini kamu boleh elakkan. Tidak bermakna kamu tak boleh mengambil produk tenusu.

Boleh tetapi kamu perlu pilih produk tanpa kandungan laktosa seperti susu kambing, yogurt dan keju fermentasi kerana ia mengandungi probiotik yang merupakan bakteria baik bagi kesihatan usus.

Makanan Ringan

Kesemua makanan ringan sama ada di rumah atau pasaraya, setiap satunya memiliki jumlah garam yang tinggi.

IKLAN

Foto – Eat This, Not That

Kandungan garam yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan sel kulit menjadi dehidrasi. Apabila badan tidak boleh kekalkan jumlah air yang mencukupi pada sel kulit, sebab itulah kamu boleh mengalami muka bengkak selepas bangun tidur.

Makanan Berjeruk

Menjadi kegemaran orang ramai, makanan berjeruk sememangnya sedap dimakan tetapi kalau kamu tak tahu, makanan ini boleh datangkan bahaya.

Foto – Hungry Go Where

Makanan yang dijeruk boleh mengandungi sehingga 10 kali ganda garam dalam makanan segar. Selain itu makanan ini juga mengandungi pengawet dan bahan pewarna.

Setiap satu bahan itu, boleh menjadikan muka kamu bengkak selain memberikan kesan yang buruk pada kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

Makanan Bergoreng

Makanan bergoreng bukan sahaja menggemukkan kita malam boleh membuatkan wajah menjadi bengkak.

Foto – Pit Stop

Makanan seperti kentang goreng mengandungi kandungan garam yang sangat tinggi. Apabila digoreng dengan minyak pula, sudah semestinya pembengkakan wajah tidak akan surut dengan cepat selepas bangun tidur.

Roti Gandum Dan Produk Tepung

Kandungan gluten dalam roti gandum mahupun produk tepung boleh menjadi salah satu penyebab kepada pembengkakan wajah.

Foto – Nature Path

Kamu boleh makan roti gandum dan produk tepung tetapi lebih baik makan ketika waktu petang. Ini kerana kamu tidak perlu risau untuk bangun dengan wajah yang tidak bengkak pada waktu pagi.

Makanan Yang Diproses Atau Sejuk Beku 

Makanan yang diproses seperti sosej, bebola daging, nuggets dan sebagainya mengandungi tahap garam yang sangat tinggi. Bukan sahaja dapat membengkakkan wajah malah ia juga boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Foto – NDTV Food

Tidak kurang juga dengan makanan sejuk beku. Untuk pengetahuan kamu, pembekal akan menggunakan jumlah garam yang banyak bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat dan memastikan makanan tersebut tidak rosak.

Walaupun boleh makan makanan ini tetapi seelok-eloknya elakkan daripada makan pada waktu malam terutamanya sebelum tidur.

Selamat beramal!

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: elak makanan bengkak mukakenapa muka bengkak selepas bangun tidurmakanan bengkak mukamakanan yang boleh bengkak mukamuka bengkakmuka bengkak bangun tidur
Share5Tweet3Send

TRENDINGMINGGU INI

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Bangun Tidur Muka Jadi Bengkak? Elak 6 Jenis Makanan Ini

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.