Perasan tak kebanyakan wanita Kelantan miliki rupa paras yang jelita dan kulit yang flawless, membuatkan sesiapa yang memandang pasti jatuh cinta melihat kecantikan rupa wanita dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Tapi apa yang membuatkan kebanyakan wanita Kelantan ini, memiliki kulit yang licin, putih dan gebu seperti itu? Selongkar rahsia kecantikan wanita Kelantan di bawah bersama Wanista.
Faktor Keturunan Kahwin Campur
- Foto – Top Photobooth Malaysia
Salah satu sebab atau faktor mengapa rata-rata wanita Kelantan miliki rupa paras yang cantik jelita adalah kerana mempunyai keturunan yang berkahwin campur sejak zaman nenek moyang mereka.
Perkahwinan campur sudah lama berasimilasi di dalam keturunan keluarga di Kelantan, dan dari situ lahirnya generasi yang miliki rupa paras yang cantik, putih dan bijak pandai.
Amalan Mandi Air Basuhan Beras
- Foto – Tokopedia
Selain disebabkan perkahwinan campur, wanita Kelantan juga mengamalkan mandi dengan menggunakan air basuhan beras.
Amalan mandi air beras ini dapat menegangkan kulit, membuatkan kulit mereka sihat, dan juga dapat membuatkan kulit mereka menjadi gebu.
Buah-Buahan Dan Air Suam Tak Tinggal
- Foto – Pinterest
Kalau nak tahu amalan memakan buah-buahan yang berkhasiat dan juga banyakkan minum air suam merupakan salah satu kunci rahsia wanita Kelantan miliki kulit yang bersih, cerah dan sihat.
Lagipun vitamin yang terdapat dalam buah-buahan, sangat kaya dengan bekal nutrisi yang diperlukan dalam kulit dan orang Kelantan sendiri memang jenis rajin makan buah jadi tidak hairanlah mereka dapat miliki kulit yang flawless.
Amalan Baca Surah Tiga Qul Dan Selawat
- Foto – Dream Co
Selain itu, ada dikalangan wanita Kelantan mengamalkan membaca surah tiga Qul dan selawat setiap hari pada wajah untuk menaikkan seri dan kecantikan wajah.
Patutlah cantik-cantik belaka wanita Kelantan dengan kunci rahsia sebegini, tidak hairanlah mengapa wanita dari negeri Cik Siti Wan Kembang miliki rupa paras yang jelita dan ayu.
Selamat beramal♥