“Duduk rumah lama sangat, dah rasa berat semacam badan ni..”
Bertambah berat badan merupakan mimpi ngeri setiap perempuan. Rasa muka mula membulat, tiada lagi gap di celah paha, lemak di lengan, dagu berlapis, perut menggeleber, dan macam-macam lagi rasa perubahan pada diri.
Mula rasa bersalah menyelubungi diri. Jadi macam mana nak berubahkan diri? Mulakan dengan pemakanan sihat. Setiap pagi, ambil smoothie buah-buahan untuk mulakan hari anda.
Daripada beli, apa kata anda buat sendiri. Anda boleh bereksperimen dengan perisa, pilihan buah-buahan atau sayur-sayuran, mengawal jumlah gula, protein, dan apa sahaja yang anda ingin ke dalam smoothie. Semua mengikut kesesuaian sendiri.
Wanista kongsikan beberapa resepi smoothie buah-buahan yang dikongsikan netizen.
Oatmeal + Blueberi + Pisang + Air Suam/Susu/Yogurt
- Foto – FB Civil Engineering
Carrot + Oren + Pisang + Air Suam/Susu/Yogurt
- Foto – FB Civil Engineering
Oatmeal + Buah Pic + Pisang + Yogurt atau Susu
- Foto – FB Civil Engineering
Strawberi + Blueberi + Pisang + Air Suam
- Foto – FB Civil Engineering
Oatmeal + Pisang + Strawberi + Susu Skim
- Foto – FB Civil Engineering
Bayam + Strawberi + Pisang + Almond Milk
- Foto – FB Civil Engineering
Semoga anda mencuba resepi di atas dan berjaya mendapatkan berat badan ideal.
Selamat Mencuba!