Bagi wanita yang hamil, pasti kamu sudah lali dengan pertanyaan oleh doktor mengenai pengambilan asid folik.
Kalau kamu mahu tahu, sebenarnya asid folik ini bukan sahaja perlu diambil oleh wanita yang hamil. Malah mereka yang ingin, belum atau tidak mengandung juga disarankan untuk mengambilnya.
Asid folik ini bukan semata-mata berfungsi untuk tumbesaran bayi dalam kandungan sahaja, tetapi ada pelbagai jenis kebaikan mengenai asid folik ini kepada kesihatan yang ramai tidak tahu.
Apa Sebenarnya Asid Folik?
Berbentuk sintetik bagi folate iaitu sejenis Vitamin B, asid folik ini boleh dijumpai dalam makanan selain daripada pil.
Untuk pengetahuan kamu, folate ini sangat penting dalam perkembangan badan manusia terutamanya bayi dalam kandungan.
Kebiasaannya, kandungan semula jadi folate dalam makanan tidak mencukupi bagi menampung keperluan badan terutamanya bagi wanita yang mengandung.
Selain itu, asid folik ini penting kerana sel pada badan kita sering berganti dan diperbaharui setiap hari seperti kuku, rambut dan kulit. Jadi bagi melengkapkan proses pembaharuan ini, sudah semestinya vitamin ini diperlukan.
Kenapa Penting Sangat Untuk Ambil Asid Folik?
Pengambilan asid folik sangat penting terutamanya bagi wanita hamil. Ini kerana asid folik berperanan dalam menghasilkan sel darah merah dan beberapa sel-sel lain seperti sel kulit, saraf dan otak.
Jadi sebab itulah wanita hamil wajib mengambil asid folik bagi membantu pertumbuhan janin yang sihat dan juga untuk kesihatan wanita tersebut.
Bagi menambahkan jumlah asid folik yang mencukupi dalam badan, pengambilan supplement dapat mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kogenital utama otak dan tulang belakang.
Bagi wanita yang merancang atau sedang hamil, kamu disyorkan untuk mengambil supplement asid folik sebanyak 400mcg setiap hari bagi elakkan perkara tersebut berlaku pada bayi.
Lebih baik lagi, asid folik ini perlu diambil sebulan sebelum kehamilan dan tiga bulan pertama kehamilan. Pada masa yang sama, sebenarnya asid folik ini dapat meningkatkan kesuburan wanita.
(#Sebelum beli atau makan supplement, dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor terlebih dahulu.)
Manfaat Asid Folik
Bagi kamu yang tidak tahu atau aware dengan manfaat asid folik, sebenarnya ia boleh mengelakkan beberapa situasi yang tidak diingini daripada berlaku seperti:
- Autism yang berlaku disebabkan oleh tiada pengambilan asid folik sebelum atau pada awal kehamilan.
- Cleft palate atau sumbing yang berlaku ketika bibir atau mulut bayi tidak terbentuk dengan baik semasa kehamilan.
- Rheumatoid arthritis yang berlaku disebabkan dalam kalangan pesakit radang sendi yang mengambil ubat mengandungi steroid.
- Penglihatan kabur ketika usia meningkat kerana tidak mengambil asid folik dan beberapa vitamin lain seperti Vitamin B6 dan Vitamin B12.
- Tekanan darah tinggi boleh dielakkan sekiranya asid folid diambil setiap hari bagi tempoh 6 minggu bagi pesakit mempunyai tekanan darah tinggi.
Cara Pengambilan Yang Betul
(Setiap wanita berbeza-beza mengikut tahap kesihatan, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.)
Bagi wanita hamil, supplement atau makanan yang mengandungi asid folik perlu diambil dari awal sehingga 12 minggu pertama kehamilan.
- Dos yang disarankan adalah: 400mg
- Ikut situasi dan keadaan ibu: 500mg – 600mg
Menurut kajian, sebanyak 40% kehamilan di dunia terjadi tanpa dirancang. Sebab itulah pengambilan asid folik ditekankan untuk diambil secara awal terutamanya bagi wanita yang baru berkahwin.
Tujuan pemakanan asid folik yang awal dapat membantu para ibu mencapai tahap folate yang mencukupi bagi tumbesaran bayi.
Bagi wanita yang tidak pernah mengambil asid folik sebelum hamil, penting untuk kamu segera makan supplement asid folik sejurus kamu tahu tentang kehamilan tersebut.
Kesan Sampingan Asid Folik
Sekiranya kamu mengambil dos asid folik yang disarankan dengan betul, ia boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan dan ianya normal seperti:
- Rasa loya dan hilang selera makan
- Berasa kekeliruan dan kerengsaan
- Mengalami gangguan corak tidur
Bagi mereka yang mengalami alahan terhadap asid folik pula akan mengalami tindak balas seperti:
- Ruam pada badan
- Gatal dan kemerahan di badan
- Sukar untuk bernafas
- Asid folik berlebihan dikeluarkan dalam bentuk air kencing.
Untuk pengetahuan kamu, asid folik ini sebenarnya bukan sahaja perlu diambil oleh wanita untuk kesuburan dan hamil, tetapi boleh juga diambil oleh lelaki.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan pemahaman yang lebih mendalam, kamu boleh dapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar dan doktor.