Pernah bayangkan tak individu yang bercakap tak henti-henti di hadapan kamu itu, sebenarnya sedang berbohong dan malah menokok tambah cerita.
Rasanya mesti ramai ada yang terfikir begitu, cuma tak pasti sama ada apa yang difikirkan itu betul atau tidak dan tidak mahu berfikir yang bukan-bukan kan?
Sebenarnya terdapat beberapa cara yang boleh kamu guna untuk kenal pasti, sama ada individu tersebut sedang berbohong di depan kamu.
#1 Beri Senyuman Sinis
- Foto – Pinterest
Untuk mengenal pasti jika orang di hadapan kamu sedang berbohong, apa yang perlu kamu lakukan adalah bila mana mereka sedang bercakap bibir mereka mengulum senyuman sinis tanpa mereka sedar perlakuan diri mereka.
Rasanya kamu sendiri boleh nilai dan perhatikan setiap bait ayat yang keluar dari mulut mereka, pasti akan ditemani dengan senyuman sinis.
#2 Mata Memandang Ke Tempat Lain
- Foto – The Week
Selain itu, kalau kamu perasan individu di hadapan kamu tidak memandang mata kamu ketika bercakap atau cuba mengelak memandang mata kamu ketika berbual.
Kamu pasti dapat lihat bahawa mata orang tersebut seperti tidak fokus dan sering memandang ke tempat lain tatkala kamu berbual.
#3 Lambat Beri Tindak Balas
- Foto – Forbes
Tambahan lagi, kamu juga akan perasan apabila kamu ingin mendengar jawapan dari orang tersebut mereka memberi tindak balas yang lambat.
Dan seolah-olah cuba menukar topik lain untuk menutup kelakuan panik mereka di hadapan kamu, tingkah laku seperti ini memberi maksud mereka sedang berbohong dan cuba elak di curigai oleh kamu.
#4 Intonasi Resah Dan Gementar
- Foto – ABC
Kamu juga akan perasan tatkala sedang berbual intonasi nada mereka sedikit bergetar menunjukkan rasa resah dan gementar yang terbuku dalam diri mereka.
Dan dalam masa yang sama intonasi nada mereka menunjukan bahawa apa jua maklumat yang disampaikan kepada kamu bukan semuanya betul dan boleh digunapakai.
#5 Berpeluh Dan Tidak Senang Duduk
- Foto – Unsplash
Kamu juga akan mungkin dapat perasan terdapat keringat peluh di dahi, sekitar muka atau badan belakang (baju basah sebab peluh).
Dan di tambah pula dengan tingkah-laku yang tidak senang duduk, menunjukan apa jua yang mereka bualkan kepada kamu tidak boleh dipercayai seratus peratus.
#6 Berperangai Luar Dari Kebiasaan
- Foto – SCG Show
Untuk mengetahui sama ada orang yang berada di hadapan kamu berbohong atau tidak, kamu perhatikan perangai mereka adakah berlainan dari kebiasaanya maka eloklah kamu berwaspada.
Apatah lagi jika mereka kelihatan terdesak, untuk kamu percaya pada segala apa yang telah mereka luahkan kepada kamu.
#7 Sembunyikan Tangan Atau Kerap Memandang Tangan
- Foto – Pinterest
Selain itu, kamu juga boleh perasan jika perhatikan betul-betul bahawa mereka sering memandang tangan mereka sendiri.
Atau mereka cuba menyembunyikan tangan mereka dalam poket seluar atau bawah meja, gerak-geri seperti ini menunjukan ada sesuatu yang sedang mereka tahan dari luahkan dan percakapan mereka jadi lebih berhati-hati di depan kamu.
- Foto – Offset
Jika kamu perhatikan betul-betul, kamu dapat lihat bahawa individu tersebut sedang berbohong di depan kamu dan kamu dapat elak dari terus di tipu hidup-hidup dari orang tersebut.
Dengan cara ini kamu dapat lindungi diri dari terjerumus dalam situasi yang tidak elok, dan dalam masa yang sama dapat berhati-hati dengan individu seperti ini.
Selamat beramal♥