• Latest
Foto - Paula's Choice Singapore

Boleh Ke Setiap Hari Pakai Face Oil?

February 24, 2021
Foto - Pinterest

Sebelum Beli Produk Penjagaan Wajah, Kenali Jenis Kulit Terlebih Dahulu

March 1, 2021
Foto - SCMP/Considering Apple

Aplikasi Clubhouse, Apa Bagusnya Sampai Mark Zuckerberg Dan Elon Musk Pun Guna

March 1, 2021
Foto - Pinterest

Ramai Kata ‘Lucid Dream’ Bagus, Mimpi Apa Sebenarnya Ini?

March 1, 2021
Foto - Youtube

Siapa Mafia Ganas Disebalik Watak Alia Bhatt Dalam Filem ‘Gangubai Kathiawadi’?

March 1, 2021
Foto - Times of India

Bahaya 10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

March 1, 2021
Foto - Instagram Bella Hadid

10 Tahun Sengsara Autoimun, Bella Hadid Kongsi Kisah Hidap Penyakit Kronik

March 1, 2021
Foto - Pinterest

Ini Sebabnya Kenapa Korea Lebih Suka Guna Kutleri Logam

February 28, 2021
Foto - Pinterest

Betul Ke Kalau Kita Benci Seseorang, Tanda Ada Jodoh?

February 28, 2021
Foto - Quora

Kenali Jenis-Jenis Manja Seorang Perempuan, Mana Satu Kamu

February 28, 2021
Foto - Telegram / Hello Doktor

Tukar Menu Bubur Biasa Kepada Bubur Lambuk Versi Bayi

February 27, 2021
Foto - Pinterest

5 Warna Kacang Ajaib Ini Bagus Makan, Untuk Jaga Kesihatan Diri

February 27, 2021
Foto - IKEA

IKEA Keluarkan Merchandise Hoodies Hingga Botol Air, Sumpah Cun!

February 26, 2021
Monday, March 1, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Boleh Ke Setiap Hari Pakai Face Oil?

by Sofie Azizlan
February 24, 2021
Foto - Paula's Choice Singapore

Foto - Paula's Choice Singapore

8
SHARES
80
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Penggunaan face oil dalam rutin kecantikan tidak boleh dinafikan. Hasilnya yang menakjubkan dapat memberi kulit kamu kelihatan cantik dan berseri.

Mengandungi pelbagai jenis nutrien yang bagus untuk kulit seperti Vitamin C dan antioksidan, face oil dapat menghasilkan penghalang lipid bagi melindungi kulit wajah.

Pada masa yang sama, penggunaan face oil ini menjadi kekeliruan ramai wanita kerana mereka ingin tahu sama ada bahan ini boleh digunakan setiap hari atau tidak?

Pakai Setiap Hari Tak Apa Ke?

Kalau kamu nak tahu, face oil ini boleh dipakai setiap hari atau secara spesifiknya pada setiap kali kamu melakukan rutin kecantikan.

Bagi sesetengah pakar, ada yang mengesyorkan face oil ini perlu dipakai pada waktu malam sahaja.

“Minyak muka tidak sesuai digunakan pada waktu pagi kerana ia boleh mengganggu sunscreen kamu.”

Foto – The Skincare Edit

Sekiranya kamu memakai face oil pada waktu pagi sebelum sunscreen, face oil tersebut mempunyai potensi untuk melarutkan sunscreen sepanjang hari. Jadi, ia akan menjadi sia-sia kamu memakai sunscreen.

Pada masa yang sama, tidak mustahil juga kulit kamu untuk menghadapi liang pori yang tersumbat. Hasilnya wajah akan dinaiki jerawat, blackhead atau whitehead.

Kenapa Kamu Perlu Face Oil?

Untuk pengetahuan kamu, face oil ini sebenarnya membantu menambahkan kelembapan pada kulit dan memperbaiki penghalang yang mengekalkan kelembapan tersebut.

Bergantung kepada setiap jenis face oil, terdapat pelbagai manfaatnya tersendiri seperti yang diformulasi dengan sifat anti-radang atau antioksidan.

Foto – AARP

Face oil ini sebenarnya tidak menarik minyak lain tetapi membantu kulit mencegah daripada menghadapi tekanan persekitaran. Selain itu, face oil berfungsi sebagai bahan yang sempurna untuk menambahkan glow pada wajah.

Pada masa yang sama, face oil ini juga menghalang kulit daripada kekurangan air pada transepidermal dengan mewujudkan penghalang daripada kekotoran dan minyak.

Face Oil Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit 

Untuk memakai face oil, kamu tidak boleh sembarangan memakai. Tetapi pilih face oil mengikut kesesuaian wajah kamu.

  • Kulit Kering 

Memiliki kulit kering ini sangat merimaskan. Ini kerana bergantung kepada keadaan cuaca dan kulit, kamu boleh menghadapi kulit yang kering dan terlalu kering.

Foto – Harper’s Bazaar

Untuk mengatasi dan merawatnya, face oil yang mempunyai penyerapan yang cepat dan kaya dengan pelbagai jenis nutrien boleh membantu melembapkan serta menghaluskan kulit dengan lebih mendalam.

Bagi individu kulit kering, kamu boleh menggunakan hydrating serum terlebih dahulu dan kemudian baru face oil untuk mengunci kesemua kebaikan serum.

IKLAN

(Cadangan face oil: Maracuja, argan, zaitun, bunga matahari, jojoba dan kelapa)

  • Kulit Sensitif 

Bagi mereka yang memiliki kulit sensitif, radikal bebas yang menyerang kulit untuk merosakannya dapat mengurangkan pengoksidaan sel iaitu salah satu proses penuaan kulit.

Foto – Hey Day Skincare / Marie Claire

Dalam mengatasi radikal bebeas, produk face oil seperti minyak primrose atau Vitamin E dapat melindungi kulit daripada kerosakan sinar matahari tetapi ia tidak dapat menyekat sinaran UV.

Kamu juga perlu pilih face oil yang mempunyai sifat anti-radang kerana ia boleh menenangkan kulit, ruam dan tidak memberi kerengsaan pada kulit wajah kamu.

(Cadangan face oil: Primerose, argan dan yangu)

  • Kulit Penuaan 

Semakin usia meningkat, semakin sedikit penghasilan minyak pada kulit wajah. Apabila situasi ini berlaku, ia akan memudahkan para wanita untuk mendapat kedutan dan garis halus.

Foto – Healthista

Untuk atasinya, penggunaan face oil dapat mengurangkan kedutan dan garis halus yang terjadi. Ini kerana face oil mengandungi bahan yang penting seperti antioksidan yang boleh menembusi kulit dengan lebih pantas, mencegah kehilangan air dan membuatkan kulit menjadi lebih lembut.

Antioksidan dalam face oil dapat meningkatkan pengeluaran kolagen serta memberikan keanjalan pada kulit sehingga garis halus tidak lagi kelihatan.

(Cadangan face oil: Argan dan biji roseship)

  • Kulit Berminyak Atau Acne-Prone 

Tidak boleh sembarang pakai kerana ia boleh menyumbatkan liang pori dan menyebabkan wajah menjadi lebih teruk.

Bagi sesetengah individu yang memiliki masalah kulit ini, mereka akan takut untuk memakainya kerana ia akan membuatkan wajah menjadi lebih berminyak. Tetapi jangan risau.

Foto – Greatist

Ada beberapa jenis face oil dapat membantu menyeimbangkan pengeluaran minyak di kulit kamu dengan mengurangkannya serta meminimumkan penampakan liang pori.

Beberapa bahan tertentu boleh melarutkan sebum yang berlebihan dan bertindak menghilangkan lemak serta kotoran dari liang pori.

(Cadangan face oil: Macadamia, jojoba, tea tree dan bunga camellia)

Sebelum memakai face oil, pastikan kamu tahu terlebih dahulu masalah kulit yang dihadapi bagi memastikan ia berkesan dan tidak sia-sia. Jika kamu tidak yakin, berjumpa dengan pakar dermatologi terlebih dahulu.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: face oilface oil ikut jenis kulitface oil muka jerawatfungsi face oilinfo face oilkenapa perlu face oilpakai face oil setiap hari
Share3Tweet2Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Boleh Ke Setiap Hari Pakai Face Oil?

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.