Terpesona dengan kecantikan semula jadinya ketika beraksi dalam filem Taal dan Aa Ab Laut Chalen, di awal pembabitan selepas diangkat menjadi Ratu Cantik Dunia pada 1994.
Isteri kepada pelakon Abhishek Bachan ini dikenali sebagai salah satu wanita tercantik di dunia. Pelakon yang kini berusia 47 tahun terkenal dengan mata yang cantik, kulit sempurna, hidung mancung terletak, bentuk wajah yang kecil dan keanggunan wanita India sejati.
Keindahannya telah berjaya memenangi jutaan peminat di seluruh dunia. Dan bila ditanya rutin kecantikan, dia tidak melakukan apa-apa yang istimewa, dan hanya mengikuti rutin serba ringkas.
Penghidratan Untuk Kekal Lembap
- Foto – The Tribune
Salah satu peraturan kecantikan terpenting yang diikuti adalah penghidratan. Aishwarya memastikan minum air secukupnya dan melembapkan kulit dengan kerap.
To Be Happy
- Foto – News
Kedua adalah memastikan diri sentiasa gembira. Dia selesa dengan keadaan dirinya sekarang. Tekanan boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan menyebabkan tanda-tanda penuaan awal.
Makanan Berkhasiat Rahsia Sebenar
- Foto – Teen Vogue
Untuk kesihatan kulit dan rambut, dia sangat disiplin dalam pemakanan. Menurut Aishwarya, dia lebih suka makanan yang dimasak sendiri daripada makanan ringan. Makan makanan yang betul dan berkhasiat boleh membuat kulit dan rambut menakjubkan.
Bahan Semula Jadi Pilihannya
- Foto – Daily Bangladesh
Kalau berkaitan dengan rawatan kecantikan, ibu yang miliki seorang anak perempuan hanya menggunakan bahan semula jadi. Seperti topeng muka yang dibuat sendiri daripada krim dan serum yang terjual di pasaran.
Jus Timun Petua Turun Temurun
Aishwarya mendedahkan bahawa dia menggunakan jus timun pada wajah. Tirum sarat dengan antioksidan dan mempunyai sifat anti-radang. Jus ini membantu merangsang dan memperbaiki sel kulit.
- Foto – Arkib Wanista
Ringkas sungguh tips kecantikan Aishwarya Rai. Kita pun boleh ikut sama untuk maintain cantik dan sihat.