Pandemik Covid-19 menyebabkan keadaan ekonomi tidak menentu untuk banyak industri, termasuk kecantikan.
Walaupun ada jenama melihat sebagai masa yang tepat untuk melancarkan produk, sementara yang lain tidak mempunyai pilihan selain keluar dari perniagaan. Cuma berita Becca Cosmetics akan menamatkan jenama mereka langsung tidak dijangka.
Tamat Jenama September 2021
Memberi kenyataan di Instagram, Becca Cosmetics menjelaskan bagaimana pandemik ini memberi kesan kepada mereka dan nekad menamatkan jenama pada September ini.
https://www.instagram.com/p/CLrM8sLjAJJ/?utm_source=ig_embed
“Pandemik global telah memberi kesan kepada semua orang di seluruh dunia pada banyak peringkat. Ini juga memberi pengaruh besar pada banyak perniagaan.
“Di Becca, kami turut menerima impak global Covid-19, dan kami harus membuat keputusan yang memilukan untuk menutup jenama Becca pada akhir Septemer 2021.
Populariti Naik Kerana Highlighter
Becca ditubuhkan pada tahun 2001 tetapi popularitinya di zaman Instagram kerana highlighter, yang menjadi tulang belakang di antara penampilan kebanyakan blogger.
Jenama itu kemudian diambil alih oleh Estée Lauder pada tahun 2016. Ini menunjukkan bahawa walaupun mendapat sokongan daripada salah satu konglomerat kecantikan terbesar di dunia tapi tetap tidak dapat seiring dengan perubahan yang disebabkan oleh wabak Covid-19.
- Foto – Arkib Wanista
Selamat Jalan Becca, we definitely gonna miss you!