Tuesday, April 13, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Sumpah Lawa Tema “Black Royalty”, Siapa Kata Kulit Hitam Tak Sesuai Jadi Puteri Raja

by Mas Idayu
February 25, 2021
Foto - CreativeSoul Photography

Foto - CreativeSoul Photography

27
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa kata orang kulit hitam, tak sesuai jadi puteri dongeng seperti cerita-cerita fairytale yang ditayangkan dalam siaran Disney?

CreativeSoul Photography bersama pendandan rambut profesional LaChanda Gatson, berkerjasama menghasilkan fotografi berkisarkan kisah dongeng “Black Royalty” dengan idea, gaya dan cara tersendiri.

Menariknya untuk tema fairytale ini, studio CreativeSoul Photography menggunakan kanak-kanak perempuan sebagai model bagi menggayakan watak karakter puteri dongeng.

Ingin Tampilkan Imej Dan Budaya Puteri Dongeng Yang Unik

Foto – CreativeSoul Photography

Dipetik dari BuzzFeed, CreativeSoul Photography yang dibangunkan oleh Kahran Bethencourt bersama suaminya Regis memasang angan-angan ingin menampilkan imej puteri dongeng versi kulit hitam.

Mereka berdua mahu menunjukan bahawa orang kulit hitam juga boleh menampilkan ciri puteri tradisional dengan gaya dan stail yang unik.

Menyuntik Semangat Setiap Orang Memandang Diri Sendiri Adalah Puteri Raja

Foto – CreativeSoul Photography

Selain itu, dengan fotografi seperti ini studio CreativeSoul Photography juga ingin menyuntik semangat dalam diri kanak-kanak, remaja dan gadis di serata dunia untuk memandang bahawa mereka juga adalah puteri raja.

Sebarkan Orang Kulit Hitam Juga Sesuai Bawa Watak Puteri Dongeng

Foto – CreativeSoul Photography

Pendandan dan jururias LaChanda juga menyuarakan karakter puteri dongeng yang dipaparkan adalah kanak-kanak berkulit putih, dan kurangnya wakil dari kanak-kanak kulit hitam membawa watak puteri dongeng.

Dengan tema fotografi seperti ini, ia secara tidak langsung dapat menyebarkan bahawa kanak-kanak berkulit hitam juga boleh bawa watak puteri fantasi.

IKLAN

Ingin Lahirkan Lebih Banyak Kisah Dongeng Dan Fantasi Kulit Hitam

Foto – CreativeSoul Photography

CreativeSoul Photography dan LaChandra ingin tampilkan imej dan budaya puteri berkulit hitam, dan ingin melahirkan lebih banyak siri kisah dongeng dan fantasi berinspirasikan kulit hitam.

Koleksi Karakter Puteri Dongeng Kulit Hitam Yang Cantik Dan Versatil

Ini antara koleksi-koleksi fotografi “Black Royalty”, hasil kreatif studio CreativeSoul Photography dan jurudandan profesional LaChandra

Queen Red Heart

Foto – CreativeSoul Photography

Puteri Duyung Atlantik

Foto – CreativeSoul Photography

Ratu Singa Matahari

Foto – CreativeSoul Photography

Menarik betul idea studio CreativeSoul Photography ini, jika di lihat dari sudut imej, busana, gaya rambut dan mekap yang dikenakan bagi menampilkan karakter puteri dongeng atau fantasi ini memang cukup unik.

Apatah lagi, tema ini memokuskan model kanak-kanak sebagai tuan puteri dan hasil fotografi ini memang terserlah idea dan konsep yang ingin ditonjolkan.

Menarik bukan, jangan ingat orang kulit putih saja yang sesuai bawa watak tuan puteri. Orang kulit hitam juga boleh bawa watak tersebut, dan menampilkan sisi fantasi yang tersendiri.

Rujukan

Tags: black royaltycreativesoul photographyfairytale versi kulit hitamlachandraputeri diraja kulit hitamputeri dongeng kulit hitam
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Sopan Dan Manis Fesyen Dr. Ruhila, Permata Hati Puan Sri Normala Samsudin

5 BB Cushion Paling Best Pakai, Ada Di Farmasi!

Guna 4 Produk, Wanita Ajar Cara Mudah Dapatkan Glass Skin

Cari Juadah Berbuka, Ini Lokasi Bazar Ramadan Sekitar Lembah Klang Dan Selangor

Jarang Berlaku, Wanita Dedah Tumbuh Satu Payudara Sahaja

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.