Thursday, April 22, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Seminggu Sekali Kena Ada Hari Malas, Ini Manfaat Kamu Dapat

by Malisa Aina
February 25, 2021
Foto - Freepik

Foto - Freepik

29
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kita bukanlah robot mengikuti jadual harian yang sama dan sibuk setiap hari.

Kita mempunyai hak untuk bermalasan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu untuk berehat setelah berdepan dengan kesibukan harian.

Menurut pakar, kemalasan sebenarnya baik untuk kesihatan. Malah, kajian menunjukkan ia dapat memberi manfaat kepada otak dan badan.

Dapat menonton filem dan drama sambil menikmati makanan yang dipesan adalah idea yang baik untuk menghabiskan hari malas anda.

Baik Dari Segi Fizikal

Tubuh anda memerlukan aktiviti fizikal untuk tetap aktif dan sihat. Tetapi tidak melakukan apa-apa sepanjang hari membawa banyak kesan positif kepada kesihatan fizikal anda dengan memberi sedikit rehat.

Foto – Bustle

Percayalah, setiap otot dan tulang badan anda akan merasa segar kerana rehat.

Anda Akan Berasa Lega Secara Mental

Sama seperti badan, hari malas memberi manfaat kepada minda untuk berehat. Ini memberi insyarat kepada minda yang penat serta tertekan dengan pelbagai tugasan kepada ketenangan.

Foto – Bustle

Berikan masa pada minda untuk berehat, nescaya anda akan dapat berfikir lebih baik lagi pada hari-hari mendatang dengan idea yang lebih inovatif dan luar biasa.

Bagus Untuk Menangani Tekanan

Sama ada anda menghadapi tekanan hubungan, profesional, sosial, atau peribadi, anda tidak dapat menangani tanpa memikirkannya.

IKLAN

Foto – Live Bold and Bloom

Berfikirlah dengan betul dengan berehat di bilik atau tempat tidur anda sepanjang hari atau tidur dengan lena setelah anda merasa terdorong untuk menangani semua tekanan dengan sangat baik.

Meningkatkan Produktiviti

Tidur yang lama sambal malas mendorong pertumbuhan dan produktiviti manusia, baik fizikal dan mental. Ia sangat baik untuk pertumbuhan semula sel.

Foto – Time and Date

Tarik nafas dan tinggalkan semua perkara pada hujung minggu dan habiskan hari malas. Anda akan merasa lebih aktif sementara keupayaan dan produktiviti pembelajaran anda pasti akan meningkat.

Untuk Menganalisis Diri Anda

Berfikir secara mendalam dan menganalisis apa yang anda lakukan dalam masalah peribadi dan profesional.

Tetapkan hari malas setiap minggu untuk anda berfikir dan merenung, untuk melihat tindakan dan hubungan anda dengan orang lain. Analisis ini akan membawa kepada mengetahui reformasi dan penambah baikan mana yang diperlukan untuk anda.

Foto – Freepik

Bukan hanya baik untuk kesihatan mental dan fizikal, kurang tekanan juga baik untuk keadaan kulit wajah. Tekanan dapat trigger dengan menimbulkan keadaan kulit seperti psoriasis, acne, eczema, dan rosacea. Hal ini disebabkan oleh keradangan kerana tekanan.

Jangan rasa diri anda tidak produktif bila bermalasan, sebenarnya sangat penting untuk kesihatan anda.

RUJUKAN : 1, 2

Tags: anda malasapa itu hari malashari malasinfo hari malaslazy daymanfaat hari malasseminggu ada hari malas
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

Jangan Makan Makanan Ini Masa Sahur, Nanti Cepat Lapar

Melalui Barang Mainan, Ibu Bapa Dapat Kenali Perwatakan Anak

Step-by-Step Resepi Biskut Viral Nutella Pod Paling Senang

8 Produk Retinol Ini Ahli Farmasi Kata Bagus Wanita Guna

Subhanallah, Banyak Kebaikan Sedekah Pada Waktu Subuh! Rugi Kalau Tak Amal

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.