Sunday, April 18, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips

Belum Kahwin Dah Ada Baby Bump, Curi 10 Minit Setiap Hari Perut Buncit Hilang!

by Mas Idayu
February 26, 2021
Foto - The Mirror

Foto - The Mirror

39
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Stress betullah dengan bentuk badan macam ini, perut buncit macam baby bump tak pasal-pasal orang ingat aku dah kahwin padahal belum lagi!”

Rasanya suara hati seperti ini, pastinya terdetik dalam jiwa raga mana-mana wanita yang mempunyai masalah yang sama bukan?

Lagi pun siapa yang tidak ingin kelihatan cantik dan miliki bentuk badan yang ideal, jom hilangkan perut buncit dengan senaman ini selama 10 minit.

Sensual Betul Cara Gigi Hadid Tayang Baby Bump (Gambar)

August 27, 2020

5 Cara Mujarab Menghilangkan Perut Buncit

July 13, 2020

Flutter Kicks 45 Saat

Foto – YouTube Fitness Blender

Lakukan senaman flutter kicks selama 45 saat dan rehat selama 10 saat. Senaman ini akan mula membuatkan perut berasa panas dan membakar lemak secara perlahan-lahan.

Reaching Oblique Crunch 45 Saat

Foto – YouTube Fitness Blender

Senaman reaching oblique crunch ini memfokuskan pada bahagian lemak perut dan pinggang, dalam tempoh 45 saat kamu akan mula rasa sakit di bahagian perut, kiri dan kanan pinggang.

Cuba lakukan senaman ini mengikut kemampuan masing-masing, setelah selesai senaman ini berehat seketika selama 10 saat.

Pilates Side Hip Raises (Kiri) 45 Saat

Foto – YouTube Fitness Blender

Senaman yang ketiga ini pula akan membuatkan kamu benar-benar letih dan mencabar kesabaran diri, pilates side hip raises ini memerlukan kamu menggerakan pinggang atas bawah selama 45 saat.

Cuba lakukan pergerakan ini mengikut tempoh yang ditetapkan atau bergerak mengikut kemampuan diri, selepas selesai kamu boleh berehat seketika selama 10 saat.

Pilates Side Hip Raises (Kanan) 45 Saat

Foto – YouTube Fitness Blender

Tukar bahagian pula ke sebelah kanan, dan lakukan pergerakan yang sama selama 45 saat atau kamu boleh bergerak mengikut kemampuan diri sendiri.

Setelah selesai kamu boleh berehat seketika selama 10 saat, sebelum melakukan senaman yang seterusnya.

Russian Twists 45 Saat

Foto – YouTube Fitness Blender

Senaman yang ini agak mudah dan kamu juga dapat rasakan di bahagian perut dan seluruh pinggang mula rasa tegang dan sakit kerana lemak sedang dibakar menerusi senaman yang kamu lakukan.

Cuba lakukan senaman ini selama 45 saat atau mengikut kemampuan diri kamu, dan rehat selama 10 saat setelah selesai bersenam.

IKLAN

Toe Touch Crunches 45 Saat

Foto – YouTube Fitness Blender

Kembali ke posisi baring sambil kaki diangkat ke atas secara lurus dan cuba sentuh kedua-dua kaki dalam posisi baring tersebut.

Lakukan senaman ini selama 45 saat atau mengikut kemampuan diri, senaman ini akan membuatkan perut, pinggang dan badan belakang kamu rasa tegang dan dalam masa yang sama lemak mula terbakar.

Pilates Leg Pulls Down 45 Saat

Foto – YouTube Fitness Blender

Dalam posisi ini ianya memokuskan pada bahagian kedua-dua kaki dan pinggul, lakukan senaman kaki ini secara bergilir selama 45 saat dan berehat selama 10 saat setelah selesai bersenam.

Senaman ini akan menegangkan otot kaki, pinggul dan mengetatkan otot perut, lakukan senaman ini mengikut kemampuan diri.

Pilates Leg Pulls Up 45 Saat

Foto – YouTube Fitness Blender

Senaman ini sama seperti di atas cuma posisi badan dan kaki adalah menghadap hadapan, lakukan senaman ini selama 45 saat atau mengikut kemampuan diri masing-masing.

Pilates Toe Taps 45 Saat

Foto – YouTube Fitness Blender

Senaman yang satu ini pula akan menguji daya tahan kamu, dalam posisi baring dengan kaki separa angkat dan kaki perlu menyentuh lantai secara selang-seli selama 45 saat.

Lakukan senaman ini secara perlahan-lahan dan mengikut kemampuan diri, selesai rutin ini kamu boleh berehat selama 10 sebelum melakukan senaman seterusnya.

Knee Tuck Crunches 45 Saat

Foto – YouTube Fitness Blender

Senaman terakhir ini akan membakar segala lemak-lemak dalam perut dan pinggang, dan dalam masa yang sama ia akan membantu membentuk pinggang dan perut kembali langsing.

Lakukan senaman ini selama 45 saat atau mengikut kemampuan diri, dah selesai berehat selama 10 saat dan lakukan senaman renggangan untuk sejukkan badan.

Foto – The India

Nota peringatan:

Tak semua senaman yang dinyatakan di atas kamu perlu lakukannya, ikut kemampuan masing-masing dan utamakan kesihatan diri.

Dan perlahan-lahan amalkan senaman ini, agar tubuh kamu dapat adaptasi kesan senaman yang kamu bakal atau sedang lakukan.

Jika kamu berjaya amalkan senaman ini setiap hari selama 10 minit, tak mustahil lemak di perut boleh hilang dan sekaligus kamu dapat miliki bentuk badan idaman dengan kerja keras kamu sendiri.

Selamat beramal♥

Tags: baby bumpperut buncitsenaman bakar lemak perutsenaman hilangkan lemak perutsenaman perutsenaman perut kempiskan perut
Share2SendShare

ARTIKELTERKINI

6 Transformasi Jaya Bachchan Dari Artis Muda Sehingga Menjadi Ahli Politik

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

[Temu Bual] Wanita Pun Boleh Pakai, BOXO Jual Boxer Unisex Yang Trendy Dan Selesa!

Yoona Guna Essence Estee Lauder Ini Untuk Kulit Lembut Gebu Seperti Bayi

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.