Tiada apa yang boleh hilangkan haus di tekak dengan meneguk secawan air sejuk, apatah lagi dengan cuaca panas terik begini membuatkan keinginan diri untuk minum pelbagai jenis air sejuk yang ada!
Ini antara beberapa resepi air yang sesuai untuk kamu cuba di rumah, sebagai menu penghilang dahaga di musim panas ini.
#1 Cha Bang Ang
Bahan-bahan
- 1 cawan gula perang
- 1/2 cawan air
- 500ml atau 2 cawan susu segar
- 200ml atau 1/2 tin susu cair
- 2 sudu besar biji selasih direndam dalam air 500ml selama 5 minit
- 3 sudu besar susu pekat manis
- 1 paket cincau dipotong dadu
- 1/2 mangkuk ais
Cara buat
- Tuang gula perang dan setengah cawan air dalam kuali, dan masak gula hingga menggelegak.
- Kemudian rendam biji selasih dalam air dan biarkan selama lima minit.
- Selepas itu masukkan susu pekat, susu cair dan susu segar dalam satu mangku, gaul rata bahan.
- Sediakan mangkuk atau jug air, masukkan ais batu, cincau, biji selasih, gula perang yang dimasak tadi dan air bancuhan susu tadi.
- Air cha bang ang siap dan sedia untuk di minum
#2 Soda Herb
Bahan-bahan
- 1.5 liter atau 1 botol besar air soda
- 1 biji buah lemon di hiris besar
- 10 helai daun pudina (letak lebih pun boleh)
- 2 paket kecil asam boi
- 4 batang serai
- 1 tin laici tanpa airnya
- Ais batu
Cara buat
- Masukkan serai, hirisan buah lemon, daun pudina, buah laici, asam boi, ais batu dan air soda ke dalam jug besar.
- Kacau bahan-bahan dan air soda herb sedia untuk di minum.
#3 Soda Laici Cincau
Bahan-bahan
- 1 paket cincau dipotong hancur
- 2 tin laici
- 1.5 liter atau 1 botol besar air soda
- 10 helai atau lebih daun pudina
- Ais batu
Cara buat
- Masukkan cincau yang telah di potong hancur ke dalam jug atau mangkuk besar.
- Kemudian masukkan buah tin laici, air soda, ais batu dan daun pudina.
- Kacau rata air, dah sedia untuk di minum.
#4 Tembikai Laici Segar
Bahan-bahan
- 1/2kg buah tembikai dipotong dadu
- 1 tin buah laici yang telah diasingkan airnya
- ais batu
Cara buat
- Masukkan ais batu dan semua buah tembikai yang telah dipotong ke dalam mesin pengisar, kisar buah hingga hancur.
- Kemudian tuang jus buah ke dalam jug besar dan letakkan buah laici ke dalam jug.
- Kacau sedikit jus, dan air tembikai laici segar sedia untuk di minum.
#5 Kathira Johor Asli
Bahan-bahan
- 1 tin susu cair
- 1 tin susu pekat manis
- 1/2 botol air soda
- 2 sudu makan esen perasa pisang
- 1 sudu makan pewarna hijau
- 1 mangkuk kurma cincang
- 1 mangkuk cincau cincang
- 1 mangkuk biji selasih dah siap direndam
- Ais batu
Cara buat
- Masukkan susu cair, susu pekat manis, air soda, esen perasa pisang, pewarna hijau, kurma dan cincau yang telah dipotong cincang, biji selasih dan ais batu ke dalam jug atau mangkuk besar.
- Kacau bahan-bahan sehingga sekata.
- Dah siap kacau, air sedia untuk di minum.
#6 Jagung Madu Viral
Bahan-bahan
- 1/2 air suam
- 2 sudu makan susu cair
- 2 susu makan susu pekat
- 1 sudu makan krimer jagung
- 2 sudu makan pati jagung
- 2-3 titis pati sirap
- 1 sudu makan madu
- Ais batu
- 1 skop aiskrim jagung dan sudu krimer jagung sebagai topping
Cara buat
- Masukkan air suam ke dalam cawan, kemudian masukkan susu cair, susu pekat, krimer jagung, pati jagung, pati sirap dan juga madu ke dalam cawan tersebut.
- Kacau bahan-bahan sehingga rata, kemudian masukkan ais batu dan letakkan aiskrim jagung serta krimer jagung sebagai topping.
- Air jagung madu viral dah siap, sedia untuk di minum.
#7 Blue Lemon Soda
Bahan-bahan
- 1.5 liter atau 1 botol besar air soda
- Air gula (guna 5 sudu makan gula untuk buat air gula)
- 2 biji lemon diperahkan air jusnya
- 2 sudu makan biji selasih yang telah direndam dalam air
- 2-4 helai daun pudina
- 1-2 titis pewarna biru
- 4-6 hirisan sederhana besar lemon untuk topping
Cara buat
- Masukkan air soda dan pewarna biru ke dalam jug, gaul rata air.
- Kemudian ambil jus bancuhan lemon tadi dan masukkan daun pudina, kacau air jus hingga sekata.
- Kemudian ambil gelas kosong, masukkan air masak sedikit selepas itu masukkan jus lemon pudina tadi ke dalam gelas.
- Selepas itu masukkan ais batu, biji selasih dan air soda biru ke dalam gelas, jangan ketinggalan letak hirisan lemon di bibir gelas.
- Air blue lemon soda dah siap dan sedia untuk di minum.
Terliur sungguh melihat resepi air yang sedap, sejuk dan sekaligus dapat menghilangkan haus dahaga. Apa lagi jangan ketinggalan untuk mencuba resepi-resepi air yang menarik ini.
Selamat mencuba♥