Ramai ibu bapa sekarang selalu membiarkan anak-anak kecil mereka tidur sambil menghisap botol susu.
Bagi mereka, jika anak kecil menghisap botol sambil tidur akan membuatkan mereka kenyang dan tidur dengan nyenyak. Tetapi sebenarnya ibu bapa perlu tahu ini!
Membiarkan anak-anak kecil menghisap botol susu ketika tidur boleh menyebabkan beberapa bahaya kepada mereka.
Jika kamu sering membiarkan anak kecil kamu menghisap botol susu semasa tidur, lebih baik kamu hentikannya sekarang kalau tidak mahu beberapa perkara ini berlaku.
Anak Susah Tidur
Pernah tak anak kamu menjadi susah untuk tidur atau sering merengek sekiranya tidak diberikan botol susu?
Kalau kamu mahu tahu, anak kecil yang sering diberikan botol susu sebelum tidur akan membentuk kebiasaan baginya. Boleh dikatakan ramai anak kecil sekarang sudah terbiasa dengannya.
Apabila mereka terbiasa dengan situasi ini, ia akan memberi kesan kepada kesihatan dan tingkah laku seperti mengelakkan mereka daripada belajar untuk berdikari.
Gigi Boleh Menjadi Rosak
Bagi anak-anak kecil yang baru sahaja tumbuh giginya, menghisap botol semasa tidur boleh menyebabkan risiko kerosakan gigi.
Ini kerana gula yang terdapat dalam susu akan berkumpul dalam mulut. Lama-kelamaan, gula tersebut boleh melekat dan bertukar menjadi asid pada permukaan gigi.
Kesannya gigi anak boleh menjadi berlubang dan rosak sama ada di dalam mahupun di bahagian luar dan depan gigi.
Infeksi Telinga Boleh Berlaku
Kamu pernah lihat air susu berkumpul di bahagian telinga anak ketika mereka menghisap botol susu ketika baring dan tidur?
Kalau kamu nak tahu, air susu boleh mengalir melalui rongga telinga mereka yang seterusnya boleh menyebabkan infeksi telinga berlaku.
Anak kecil yang diberikan botol susu mempunyai kecenderungan jangkitan telinga pada tahun pertama usianya berbanding dengan bayi yang menyusu badan.
Selain itu, air susu yang berkumpul di telinga juga boleh menarik perhatian serangga-serangga kecil seperti semut untuk berkumpul di situ dan menyebabkan anak mengalami keradangan.
Peluang Untuk Tersedak Sangat Tinggi
Untuk pengetahuan kamu, bagi anak kecil yang sering tidur sambil menghisap botol susu mempunyai peluang yang tinggi untuk tersedak.
Ini kerana ketika tidur mereka tidak akan menghisap botol tersebut malah air susu akan terus mengalir. Pada masa yang sama, tidak mustahil juga untuk cecair tersebut mengalir masuk ke bahagian paru-paru.
Anak kecil sangat berbeza dengan orang dewasa dari segi refleks. Mereka tidak boleh bertindak dengan segera tetapi kamu boleh mengetahuinya sekiranya mereka mempunyai gejala batuk yang teruk dan tidak berhenti.
Selain itu juga, menghisap botol susu sambil berbaring dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan kesan yang berbahaya dan boleh menyebabkan gejala pernafasan yang kronik.
Sebenarnya kamu boleh memberi botol susu kepada anak kecil. Tetapi kamu perlu memastikan mereka menghisap botol susu ketika terjaga dan ambil ketika mereka sedang tidur.
Pada masa yang sama, kamu juga boleh mengajar anak kecil untuk membersihkan gigi dan mulut selepas minum botol susu.