Peminat IKEA, jangan lepaskan peluang ini! Koleksi edisi terhad confirm akan sold out dalam sekelip mata!
IKEA dikenali dengan perabot dan barangan rumah minimalis dan harganya yang berpatutan. Kali ini, tampil kelainan, IKEA mengeluarkan pula seleksi pakaian dan aksesori yang cool untuk para pelanggannya.
Koleksi Merchandise Pertama Dari IKEA
Dinamakan EFTERTRÄDA, yang diterjemahkan menjadi ‘successor’ dalam bahasa Sweden, koleksi ini akan berada di semua gedung IKEA seluruh Malaysia.
- Foto – IKEA
Terdiri daripada t-shirt ke hoodies, tuala mandi hingga beg tote dan botol air, EFTERTRÄDA dari IKEA diilhamkan dan disediakan untuk semua orang yang mencari identiti sederhana namun masih lagi cool bergaya.
Simplicity Gaya Unggul IKEA
Dengan reka bentuk abadi, EFTERTRÄDA menggunakan logo IKEA sebagai reka bentuk utamanya, mengambil inspirasi dari setiap perabot rumah, dengan menawarkan pakaian dan aksesori ringkas dan mudah setiap hari.
EFTERTRÄDA X IKEA Food Special
Sempena pelancaran koleksi EFTERTRÄDA, IKEA menjemput anda semua merasai menu baru Laksa Lobster Spaghetti.
- Foto – IKEA
Ia tersedia di Restoran IKEA untuk waktu terhad sahaja, dari 4 Mac hingga 30 Mac 2021. Menu baru ini juga akan tersedia untuk dibawa pulang dan dihantar melalui Bungkusit dan GoGet.
Tawaran Istimewa Untuk IKEA Family Member
800 ahli IKEA yang pertama boleh menebus satu pelitup muka dengan reka bentuk kod bar ikonik dan satu pelekat dengan pembelian mana-mana koleksi EFTERTRÄDA.
Koleksi edisi terhad EFTERTRÄDA akan tersedia di semua gedung IKEA Malaysia mulai 4 Mac 2021, diikuti oleh IKEA.my/EFTERTRADA dari 11 Mac 2021.
- Foto – IKEA
Memandangkan ianya edisi terhad, jadi first come first serve. Happy Shopping!