Kalau kita sudah semestinya akan berasa bosan untuk makan hidangan yang sama setiap hari. Cuba bayangkan bayi kita, pasti mereka pun merasakan perkara yang sama.
Bagi kamu yang kebuntuan idea dalam mempelbagaikan menu untuk bayi, apa kata kamu cuba olahkan bubur biasa menjadi bubur lambuk versi bayi?
Mudah untuk disediakan, hanya ikut langkah-langkah ini sahaja.
Bahan-bahan:
- Beras
- Santan segar
- Sayur campur
- Daging kisar
- Serbuk bawang putih
- Serbuk bilis
- Lada putih
- Mix herbs
- Air
Cara-caranya:
- Basuh beras dengan bersih dan masukkan air secukupnya.
- Kemudian masukkan santan segar dan daging.
- Masak sehingga nasi menjadi kembang.
- Selepas itu, masukkan sayur campur, daging kisar, serbuk bawang putih, serbuk bilis, lada putih dan mix herbs.
- Kacau sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan!
Sangat ringkas untuk sediakan hidangan ini. Untuk pengetahuan kamu, bubur lambuk ini sesuai dihidangkan kepada bayi yang berusia 8 bulan dan ke atas.
Selamat mencuba!