Boleh tahan sakit dan gatal juga kalau digigit nyamuk kerana ia boleh menyebabkan luka yang teruk sehingga meninggalkan parut.
Kalau nak halau nyamuk, boleh dikatakan kebanyakan orang akan guna penyembur, ubat nyamuk elektrik atau ubat nyamuk bakar.
Macam orang dahulu, mereka hanya menggunakan lingkaran ubat nyamuk sahaja kerana ia akan mengeluarkan bau asap yang kuat sehingga dapat mematikan dan menghalang nyamuk.
Salah satu barangan di Shopee mempunyai fungsi yang sama seperti lingkaran ubat nyamuk. Sesuai untuk mereka yang tidak mahu rumah berbau dengan kuat, kamu patut cuba beli yang ini.
Jenama Yuewa Mosquito King
Dijual dengan harga serendah RM1 bagi setiap pembelian, ia terdiri daripada 30 batang pembakar penghalau nyamuk.
Mengikut keluasan dan tempat untuk digunakan, setiap kali pembakaran akan hanya bertahan selama 60 minit sahaja.
Kebiasaannya bagi tempat yang kecil ia hanya memerlukan satu batang sahaja. Manakala kawasan yang luas akan memerlukan sebanyak dua batang bagi satu sesi pembakaran.
Baunya yang harum dan tidak meninggalkan kesan bau yang kuat di dalam rumah. Pada masa yang sama, barangan ini sangat sesuai dan tidak berbahaya untuk kesihatan mereka yang mempunyai bayi dan anak kecil.
IKLAN
Cara Bakar Untuk Kesan Efektif
Bagi membakar dengan cara yang betul dan efektif, kamu hanya memerlukan span atau bekas yang dipotong dan kemudiannya diisi dengan pasir. Selepas itu, cucuk batang pembakar tersebut ke dalamnya dan biar ia dibakar.
Untuk melihat sama ada barangan ini berkesan atau tidak, setiap pembakaran kebiasaannya akan mengambil masa sebanyak 10 minit sahaja bagi mematikan nyamuk.
Ramai Yang Berpuas Hati
Berdasarkan reviews di Shopee, ramai pengguna berpuas hati dengan pembakaran Yuewa Mosquito King ini. Bukan sahaja dapat mematikan nyamuk, malah beberapa serangga perosak yang lain seperti lipas dan lalat.
Pada masa yang sama, bau cedana yang harum boleh membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan di rumah.
Tips Keselamatan
Ketika menggunakan batang pembakar nyamuk ini, kamu perlu berhati-hati dan jangan abaikan beberapa tips ini.
- Sebelum membakar, pastikan rumah mempunyai aliran pengudaraan yang baik.
- Walaupun asap yang dikeluarkan mempunyai bau yang harum, tetapi lama-kelamaan ia boleh menjadi pencemaran udara jika terlalu kerap bakar.
- Boleh menjadi bahaya jika jarak pembakaran terlalu singkat dan kerap bagi individu dalam rumah.
- Ketika pembakaran, lebih baik untuk membuka sedikit tingkap dan kipas.
- Elak daripada bakar di tempat terlindung dan bakar di tempat yang lapang serta terbuka.
Lepas ini tidak perlu lagi sembur atau gunakan lingkaran ubat nyamuk kerana baunya yang terlalu kuat. Gunakan sahaja Yuewa Mosquito King untuk bau yang harum dan paling penting berkesan!