Saturday, April 17, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Sebelum Lakukan Babak Ciuman Dalam ‘Mr.Queen’, Aktres Shin Hye Sun Lakukan Ini

by Mas Idayu
March 3, 2021
Foto - Pinterest/Instagram Shin Hye Sun

Foto - Pinterest/Instagram Shin Hye Sun

5
SHARES
48
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa yang dah tonton K-drama ‘Mr.Queen’ pasti terbayang-bayang watak kelakar permaisuri Kim So Yong, lakonan aktres jelita Shin Hye Sun.

Drama romantik komedi yang baru sahaja melabuhkan tirainya dengan jumlah 20 episod ini, menampilkan pelbagai adegan yang lucu dan mencuit hati.

Dan pastinya babak ciuman antara permaisuri Kim So Yong dan maharaja Cheoljong menjadi perhatian ramai netizen yang menonton drama bersiri ini.

Foto - Sunday Edit

9 Tips Nampak Segar Dan Bermaya Tanpa Sebarang Mekap

February 22, 2021
Foto - Soompi Forums / Pinterest

8 K-Drama Yang Paling Best 2021, Wajib Tonton!

January 4, 2021

Menariknya aktres Shin Hye Sun yang membawa watak permaisuri dalam drama ini, akan lakukan rutin khas penjagaan bibir dan wajah sehari sebelum melakonkan babak ciuman!

Rutin Khas Aktres Shin Hye Sun Jaga Kecantikan

Penjagaan Bibir

Foto – YouTube OnStyle

Langkah 1: Bersihkan Muka

Untuk penjagaan bibir aktres Shin Hye Sun akan mencuci muka dan bibir sebersih-bersihnya, sebelum memakai sebarang produk penjagaan muka dan bibir.

Foto – YouTube OnStyle

Langkah 2: Masker Bibir

Kemudian wanita jelita ini mengeluarkan masker bibir, kamu boleh dapatkan masker seperti ini di Watson, Sephora atau Guardian.

Tampal masker pada bibir dan biarkan selama lima minit, kemudian tanggalkan masker dan dap dap bibir seketika dan hasilnya bibir kelihatan segar, lembap dan berseri.

Penjagaan Asas Wajah

Foto – YouTube OnStyle

Langkah 3: Topping Ball Dan Toner

Selesai penjagaan bibir, aktres Shin Hye Sun menggunakan facial topping ball dari jenama Aqutop bersama toner. Keluarkan bebola dari bungkusan dan spray air toner pada bebola di telapak tangan.

Kacau bebola dan toner hingga menjadi essence dan sapukan pada wajah, dengan cara kulit wajah jadi lebih lembap dan anjal.

Foto – YouTube OnStyle

Langkah 4: Makeup Fixer Spray

Biasanya makeup fixer akan digunakan selepas mekap tetapi lain pula cara aktres jelita ini, makeup fixer di spray terlebih dahulu sebelum memulakan mekap supaya kulit dapat blend produk mekap dengan lebih baik.

IKLAN

Penjagaan Asas Mekap

Foto – YouTube OnStyle

Langkah 5: Topping Ball Dan Minyak Muka

Untuk membuatkan kulit bersinar, membekalkan khasiat pada kulit, dan membuatkan pemakaian mekap jadi lebih mudah menyerap pada kulit.

Foto – YouTube

Langkah 6: Krim Foundation

Aktres memakai krim foundation mengikut tona kulit untuk menampilkan natural makeup look, krim foundation dipakai ke seluruh muka dan juga bibir.

Foto – YouTube

Langkah 7: Mekap Mata 

Aktres Shin Hye Sun tidak terlalu memfokuskan pada bahagian mata sangat, cukup dengan memakai pensil kening untuk menghitamkan kening dan memakai pensil eyeliner bagi melukis garisan di hujung mata.

Selain itu, aktres Shin Hye Sun juga mengunakan pembayang mata di kelopak mata, dengan menggunakan warna-warna natural.

Foto – YouTube OnStyle

Langkah 8: Makeup Fixer

Selesai mekap mata, aktres jelita ini menggunakan sekali lagi makeup fixer dan spray di seluruh muka bagi menaikkan seri wajah dan mengekalkan mekap pada muka.

Foto – YouTube OnStyle

Langkah 9: Mekap Bibir

Untuk persediaan babak ciuman, aktres drama ‘Mr.Queen’ ini menggunakan gincu warna merah jambu dan meratakannya di bibir dengan menggunakan berus bibir.

Dan sebagai finishing touch, wanita ini menggunakan lip gloss untuk membuatkan bibir tampak lembap dan berseri.

Foto – Instagram Shin Hye Sun

Jangan ingat mudah jadi aktres, banyak penjagaan kecantikan dari kulit muka hingga ke bibir perlu penjagaan yang rapi.

Siapa yang nak bibir lembap dan muka berseri seperti aktres Shin Hye Sun ini, bolehlah cuba rutin penjagaan kecantikan yang dikongsikan seperti diatas.

Selamat beramal♥

Tags: aktres shin hye suncara pelakon k-drama mekapk-dramamekappelakon koreateknik penjagaan mukatips kecantikan aktres shin hye sun
Share2SendShare

ARTIKELTERKINI

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

[Temu Bual] Wanita Pun Boleh Pakai, BOXO Jual Boxer Unisex Yang Trendy Dan Selesa!

Yoona Guna Essence Estee Lauder Ini Untuk Kulit Lembut Gebu Seperti Bayi

Kurma Ada Ulat? Ini Cara Basuh Dengan Sempurna

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.