Standard kecantikan setiap negara lain-lain. Di negara kita Malaysia, rata-rata memilih barisan gigi yang lurus dan sempurna. Manakala, negara Jepun gigi sompek bertaring bikin penampilan lagi cantik dan comel.
Bagaimana pula dengan kamu? Kalau rasa gigi tidak teratur, bersepah dan rosak, rawatan bagaimana yang kamu patut lakukan? Braces, veneer atau crown?
Biasa kita dengar tentang braces dan veneer, tapi rawatan crown? Lagi sakit? Yang pasti, kesemua rawatan ini untuk memberi gigi cantik sempurna.
Kenali Rawatan Crown Gigi
Crown gigi adalah pemasangan selubung gigi palsu di atas gigi yang rosak. Tujuannya adalah untuk memperbaiki dan mengembalikan fungsi gigi yang telah rosak.
- Foto – Healthline
Sarung berbentuk gigi diletakkan di atas gigi untuk memulihkan bentuk, saiz, kekuatan, dan memperbaiki penampilan.
Crown disimen menutup seluruh bahagian gigi yang terletak di atas gusi. Mengapa crown gigi perlu dilakukan? Crown gigi diperlukan dalam situasi berikut:
- Untuk melindungi gigi yang rapuh daripada pecah
- Untuk memulihkan gigi yang sudah patah dengan bantuan
- Sebagai ganti gigi yang tiada (bridge)
- Untuk menutup gigi yang rosak akibat karies
- Untuk rawatan implan gigi
- Untuk rawatan kosmetik
- Foto – Oakley Dental
Crown gigi diperbuat daripada porselain dan ia lebih tahan dan mudah sebab tidak perlu ditanggalkan semasa tidur. Ia disimen dengan gigi kekal yang telah diasah dan gigi palsu acrylic yang memakan masa untuk menyesuaikan pemakaian.
Bagaimana Pemasangan Crown Gigi Dilakukan?
Meletakkan crown biasanya memerlukan beberapa kali lawatan ke doktor gigi. Jumlah lawatan yang kamu perlukan bergantung pada keadaan gigi.
Hal ini disebabkan, pemasangan crown gigi baru boleh dilakukan sekiranya gigi memenuhi syarat. Bermula dari gigi yang mempunyai akar yang kuat, lubang yang ada telah diisi, dan saraf gigi yang rosak telah dikeluarkan dengan prosedur rawatan saluran akar (root canal).
Cara Jaga Gigi Lepas Pasang Crown
Selepas melakukan pemasangan crown, doktor gigi mengesyorkan beberapa langkah pergigian, seperti:
- Foto – Garden Dental
- Elak makanan bertekstur kenyal. Jenis makanan ini berisiko menarik bahagian gigi palsu.
- Jauhi makanan yang bertekstur keras kerana berpotensi untuk memecahkan crown.
- Kurangkan penggunaan sebelah mulut atau gigi yang menggunakan crown gigi palsu.
- Terus membersihkan gigi seperti biasa, dengan berus gigi atau benang gigi. Dengan cara ini, sisa makanan tidak tersekat dan menyebabkan bakteria.
Kos Lebih Mahal?
Rawatan boleh meningkat sekiranya doktor gigi perlu melakukan kerja persiapan yang lebih luas sebelum meletakkan crown. Contohnya, kamu mungkin memerlukan root canal atau implan, yang kedua-duanya dapat menaikkan harga.
Sekiranya kamu berhasrat untuk melakukan crown gigi, pastikan kamu mendapatkan maklumat sebanyak mungkin mengenai prosedur dan hasilnya terlebih dahulu.
- Foto – Madison Dental
Pastikan berjumpa dengan doktor gigi sebelum membuat keputusan mengenai pemasangan crown. Semuanya bergantung kepada keadaan gigi kamu juga, talk to your doctor and get the best for your own.