Siapa yang tidak suka pada kanak-kanak atau remaja yang matang, pandai mengurus diri, dan tahu meringankan beban orang tua mereka kan?
Apatah lagi jika kanak-kanak sebegini datang dari keluarga single parent, menunjukan bahawa mereka belajar untuk menjadi seseorang yang matang dari usia sebenar mereka sendiri.
Tapi adakah sangkaan dan pandangan sebegini betul? Jom cari jawapannya bersama Wanista di bawah.
#1 Bukan Tunjukan Pandai, Tetapi Tidak Mahu Diabaikan
- Foto – Vita Cost
Bagi ibu atau bapa yang menjaga anak sendirian, jangan terkejut melihat anak-anak mula berubah dan pandai menjaga diri sendiri.
Perubahan ini berlaku kerana mereka tidak mahu diabaikan oleh ibu atau bapa yang menjaga mereka, dari situlah anak-anak mula berubah menjadi matang dari usia mereka sendiri.
#2 Disebalik Kematangan Tersembunyi Kesunyian Diri
- Foto – Medium
Tidak dinafikan kebanyakan kanak-kanak dan remaja yang cepat matang datang dari keluarga single parent, mereka terpaksa menjadi matang di depan ibu atau bapa mereka sendiri.
Meski dari luaran anak-anak kelihatan matang, tetapi mereka menyembunyikan kesunyian dan kesedihan diri kerana keluarga yang dulunya lengkap sudah tiada lagi.
#3 Cuba Menerima Hakikat
- Foto – Scary Mommy
Apabila berlaku penceraian pastinya yang menjadi mangsa keadaan adalah anak-anak, mereka terpaksa dan harus mencuba menerima hakikat bahawa ibu bapa mereka tidak lagi bersama.
Tambahan lagi, bukan mudah untuk anak-anak hendak menerima semua ini dengan hati yang terbuka hanya dengan masa yang dapat mengajar mereka untuk cuba menerima hakikat.
#4 Lindungi Perasaan Dengan Berdikari
- Foto – Parent Talk
Jika semasa keluarga masih lengkap anak-anak menunjukan kemanjaan diri, tetapi setelah ibu bapa bercerai anak-anak mula belajar berdikari demi melindungi perasaan diri dari dilukai.
#5 Tidak Mahu Menjadi Beban
- Foto – France24
Anak-anak dari keluarga single parent memang kebanyakkannya menjadi lebih matang dari usia mereka, kerana mereka tidak mahu menjadi beban bagi ibu atau bapa yang menjaga mereka sendirian.
Bukan mudah bagi anak-anak untuk adaptasi, dan menerima suasana keluarga yang berpecah-belah dan tidak lagi miliki keluarga yang lengkap seperti dahulu.
Ibu atau bapa yang perasan anak-anak mereka berubah menjadi matang dan bijak menjaga diri, jangan pula mengambil kesempatan terhadap perubahan tersebut dan mengabaikan anak.
- Foto – Family Magazine
Kerana semua yang ditunjukan kepada kamu, hanyalah cengkerang luaran bagi melindungi diri dari diabaikan oleh ibu atau bapa yang menjaga mereka.
Jadilah single parent yang bijaksana menjaga dan mendidik anak dengan penuh kasih sayang, semoga apa yang dikongsi ini memberi manfaat.
Selamat beramal♥