Perasan tak kebelakangan ini cuaca sangat panas? Sehinggakan mahu tidur waktu malam pun berpeluh seperti lakukan aktiviti senaman.
Baru-baru ini, hampir 10 kawasan di Semenanjung Malaysia telah merekodkan bacaan gelombang haba pada tahap kuning iaitu tahap berjaga-jaga.
Suhu Naik Dengan Tinggi Di 10 Kawasan
Menerusi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), data status gelombang haba mencatat suhu maksimum dari35°C sehingga 37°C di kawasan semenanjung Malaysia.
Kawasan terbabit melibatkan empat daerah di Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak), tiga daerah di Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), satu daerah di Negeri Sembilan (Tampin) dan dua daerah di Johor (Kluang dan Tangkak).
Berkemungkinan suhu ini boleh menganjak memasuki tahap jingga atau dikenali sebagai heatwave dengan suhu maksimum harian sebanyak 38°C sehingga 40°C dalam masa tiga hari berturut-turut.
Fasa Akhir Monsun Timur Laut
Cuaca panas yang berterusan dari bulan Februari dijangka berakhir pada pertengahan bulan Mac disebabkan negara berada di fasa akhir Monsun Timur Laut.
“Taburan hujan adalah sangat rendah di Semenanjung terutamanya di bahagian utara”, ujar Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia.
Fenomena ini merupakan kebiasaan bagi setiap tahun di mana ia akan berlaku bagi tempoh Februari sehingga April.
Apabila taburan hujan rendah berlaku dalam tempoh yang lama, situasi ini boleh menyebabkan cuaca menjadi terlampau panas. Terutamanya pada waktu malam disebabkan litupan awam.
Pada masa yang sama, orang ramai perlu mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka, aktiviti luar dan minum air dengan secukupnya.