Sunday, April 11, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Nampak Natural Dengan Guna 5 Cream Blush Yang Best Ini

by Sofie Azizlan
March 4, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

33
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Penat asyik kena apply blush berulang kali kerana hasilnya tidak tahan lama? Apa kata kamu cuba cream blush untuk hasil yang lebih lama.

Berbeza dengan beberapa jenis blush yang lain, cream blush ini senang dibawa ke mana-mana sahaja dan kamu boleh gunakannya dengan hanya calit di jari sahaja.

Dab secara perlahan di atas tulang pipi dan siap! Sesuai untuk mereka yang inginkan dewy dan hydrated look, iaitu kunci utama dalam mendapatkan hasil yang glow sepanjang hari.

Bagi kamu yang bingung membuat pilihan untuk memilih cream blush apa yang best dipakai, kamu boleh cuba 5 jenis cream blush ini!

SILKYGIRL Cool Chic Blush Stick [RM 22.90]

Mengandungi aloe vera bagi melembapkan kulit, Cool Chic Blush Stick ini bertekstur ringan, tidak berminyak dan berasaskan air yang membuatkan ia sesuai untuk kesemua jenis kulit.

IKLAN

Foto – Silkygirl (Facebook)

CANMAKE Cream Cheek [RM 29.88]

Hadir dalam 8 jenis warna untuk dipilih, cream blush yang bertekstur gel krim ini mudah meresap dalam kulit tanpa meninggalkan kesan capuk dan merengsakan.

Foto – Canmake.com

MAYBELLINE Dream Bouncy Blush [RM 36.82]

Inginkan hasil yang menakjubkan dan nampak mahal selepas menggunakan cream blush? Apa kata kamu cuba Dream Bouncy Blush daripada Maybelline ini.

Foto – Mira Beauty

PHYSICIANS FORMULA Murumuru Butter Blush [RM 59.90]

Berbentuk powder dan krim dalam satu formula yang mudah disapu, Murumuru Butter Blush mudah di blend dan cair ke dalam kulit membuatkan ia satu produk yang berpigmen dan tahan lama.

Foto – TUWA Company (Facebook)

NARS The Multiple [RM 202]

Tidak perlu risau sama ada warnanya sesuai atau tidak, setiap 6 jenis warna ini sangat sesuai untuk semua warna kulit. Cream blush ini boleh juga digunakan sebagai eyeshadow express.

Foto – Pop Sugar

Jangan risau walaupun ada harga yang murah dan mahal kerana setiap satu produk cream blush ini memberi kesan dan hasil yang memuaskan kepada setiap pemakai. Happy shopping!

Tags: cream blushcream blush best 2021cream blush best malaysiajenama cream blushjenama cream blush best
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Puasa Nak Dekat Tapi Selalu Sakit Kepala, Apa Nak Buat?

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.