Boleh menjadi dendam dan simpan dalam hati kalau dihina dan ditertawakan, lebih-lebih lagi kalau melibatkan rupa.
Seperti seorang lelaki Vietnam ini, Do Quyen mengalami perkara yang sama apabila dia menghadiri temu duga untuk sebuah pekerjaan.
Dan disebabkan oleh beberapa perkara yang berlaku ketika temu duga tersebut membuatkan Do Quyen berubah secara 100%.
Susah Mendapat Kerja Menjadi Punca Utama
Penampilan dan rupa Do Quyen sebelum ini membuatkan dirinya sentiasa tidak yakn dan merendah diri. Disebabkan oleh hal yang sama, dia sentiasa mengalami waktu yang sukar untuk mendapatkan apa-apa jenis pekerjaan.
Dan semuanya berubah disebabkan kejadian dihina dan diejek oleh penemuduga dan bakal majikannya ketika menemu duga untuk sebuah pekerjaan.
Do Quyen mengatakan situasi itu menjadi titik tolak perubahan hidupnya untuk melakukan pembedahan plastik bagi mengubah rupanya yang tidak menarik dan menghentikan dirinya menjadi bahan ketawa para penemuduga dan orang ramai.
Guna Duit Sendiri Untuk Lakukan 9 Pembedahan Plastik
Bekerja sebagai seorang makeup artist di Saigon, Do Quyen dikatakan telah menghabiskan duit simpanannya bagi mendapatkan rupa dan penampilannya sekarang.
Melakukan 9 pembedahan plastik yang bernilai sebanyak RM70K, pembedahan tersebut merangkumi rhinoplasty, implan dagu, porcelain veneers, lips reshaping, double eyelid dan implan bibir.
Menerusi video yang dikongsinya, Do Quyen tidak menyembunyikan fakta mengenai pembedahan plastik tersebut dan sedia berkongsi lebih banyak mengenainya.
@fb_quyen_do #howichange cám ơn ai đó bỏ rơi tôi cho tôi tìm lại đc chính mình #lotxac #lotxacthanhcong #thaydoihinhdang #thaydoinhansac
@fb_quyen_do #howichange cám ơn ai đó bỏ rơi tôi để tôi tìm lại dc chính mình #lộtxác #Thaydoi
Bukan Datang Dari Keluarga Yang Kaya Raya
Berasal dari keluarga yang biasa, Do Quyen mengatakan ibu bapanya melarang dia untuk melakukan pembedahan tersebut.
Tetapi dia tetap melakukan untuk dirinya dan selepas pembedahan tersebut selesai, ibu bapanya tidak mengecam dirinya.
Menjadi sedikit beremosi ketika itu, Do Quyen menahan air matanya kerana ibu bapanya tidak kelihatan gembira.
“Ketika pertama kali saya pulang ke rumah, ibu bapa saya tidak mengenali rupa saya yang baru. Saya mengharapkan lebih daripada mereka tetapi saya tidak mampu untuk menahan air mata.”
Ditanyakan mengenai kekesalan dan kritikan dihadapinya walaupun selepas pembedahan plastik dijalankan, Do Quyen mengatakan setiap orang perlu melakukan perkara yang mereka gembira dan suka untuk diri sendiri.
@fb_quyen_do #howichange ai rồi cũng khác cam ơn ai đó đã bỏ rơi tôi để tôi tìm lại chính mình 😇 #Thaydoi #daythithanhcong
Tak salah untuk melakukan sedikit perubahan untuk diri sendiri berasa gembira, yakin dan selesa ketika berhadapan dengan orang ramai, betul tak?
Apa-apa pun, Do Quyen memang nampak handsome dan lain sangat!