Bila sebut penyakit apendiks, pastinya ramai yang berasa gerun dan berharap tidak akan menghidapi penyakit ini sampai bila-bila.
Tapi siapa yang boleh melawan takdir bukan, penyakit yang datang adalah ujian yang diberikan daripada Sang Pencipta.
Tetapi itu tidak bermakna kamu tidak boleh berhati-hati dengan lebih awal, caranya adalah dengan menyiasat sama ada diri kamu menghidapi penyakit apendiks atau tidak.
Terdapat beberapa cara yang dikongsikan oleh doktor Amalina Che Bakri, untuk menyiasat sama ada diri kamu menghidapi penyakit apendiks atau tidak dengan cara seperti ini.
#1 Ujian Darah
- Foto – GHP News
Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh doktor jelita ini, penyakit apendiks boleh dikesan menerusi ujian darah kerana dalam ujian tersebut pakar dapat melihat berlaku peningkatan radang yang merupakan petanda apendiks.
#2 Imbasan CT Dan Ultrabunyi
- Foto – Medical News Today
Selain itu, penyakit apendiks juga boleh dikesan menerusi imbasan CT dan juga ultrabunyi untuk mencari punca dan mengesahkan analisa diagnosis.
Tetapi ia juga bergantung pada sejarah kesihatan dan pemeriksaan yang pernah dilakukan pada diri kamu, bagi menyiasat sama ada kamu benar-benar menghidap penyakit apendiks.
#3 Ujian Air Kencing
- Foto – Pathkind Labs
Bukan itu saja, ujian air kencing juga dapat membantu menyiasat diri kamu sama ada kamu menghidapi penyakit apendiks atau tidak.
#4 Ujian Kehamilan
- Foto – Medical News Today
Jangan pelik, ujian kehamilan juga boleh menyiasat sama ada kamu menghidapi penyakit apendiks ini atau pun tidak dan dalam masa yang sama memeriksa sama ada kamu menghidapi kehamilan luar dari rahim.
#5 Pantauan Doktor
- Foto – Premier Health
Satu lagi cara siasatan adalah doktor bedah akan memantau keadaan kamu beberapa jam dahulu, untuk melihat sama ada terdapat petanda atau simptom lain muncul.
Jika kamu sering merasa sakit pada bahagian perut, demam, selalu berasa lemah, hilang selera makan, loya, cirit-birit dan kerap kencing.
Ini bermakna kamu perlu siasat kesihatan diri, kerana tanda-tanda ini merupakan petanda penyakit apendiks sedang menyerang tubuh kamu.
Di harap dengan beberapa cara siasatan yang dikongsikan diatas, kamu dapat memeriksa kesihatan diri dan juga keluarga.
Selamat beramal♥