Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Krim Putih Yang Mengandungi Bahan Merkuri Boleh Merosak Saraf Manusia?

by Malisa Aina
March 7, 2021
Foto - Hello Sehat

Foto - Hello Sehat

27
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Marketing seperti “jalan pintas untuk kulit putih,” “kulit bersih berseri dalam masa seminggu,” krim pemutih yang rata-rata mengandungi bahan merkuri.

Sudah beberapa dekad sejak krim pemutih dari merkuri diperkenalkan ke dunia kecantikan bagi orang yang ingin kulitnya lebih cerah dan putih.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat krim pemutih yang boleh merosakkan sistem saraf manusia?

Foto - Manila Bulletin

Jika Krim Putih Ada 7 Tanda Ini, Maka Ia Terkandung Bahan Merkuri

January 14, 2020

Laporan Wanita California Lepas Guna Krim Pemutih

Produk pemutih kulit sebenarnya boleh merosakkan saraf. Hal ini berikutan daripada laporan seorang wanita California selepas menggunakan satu krim pemutih popular dari Mexico.

Foto – Arkib Wanista

Doktor berpendapat bahawa keadaan ini disebabkan oleh kandungan merkuri dalam produk yang cukup beracun. Sebabnya, jenis merkuri dalam produk ini adalah merkuri organik, lebih tepat methylmercury.

Akibatnya, wanita itu dimasukkan ke hospital. Keadaannya bertambah teruk sehingga doktor terpaksa memberi makanan kepadanya melalui tabung dan tidak dapat bercakap atau merawat dirinya sendiri.

Mangsa merasa lemah di bahu dan lengan. Kemudian, dia dimasukkan ke hospital dan selama dua minggu proses rawatan, wanita itu menunjukkan gejala lain, seperti:

IKLAN

  • Penglihatan kabur
  • Keseimbangan ketika berjalan terganggu
  • Sukar untuk bercakap
Foto – Arkib Wanista

Penyelidikan menunjukkan krim pemutih mengandungi sejenis merkuri yang cukup beracun dan boleh merosakkan sistem saraf, iaitu merkuri organik, terutama methylmercury.

Jenis Bahan Methylmercury Lebih Kuat

Menurut Department of Environmental Conservation New York State, methylmercury adalah sejenis merkuri organik yang diproses oleh bakteria biologi.

Biasanya, merkuri ini terdapat pada ikan. Sekiranya dimakan dalam had normal, ia tidak boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Namun, jika berlebihan boleh merosakkan badan.

Hal ini kerana methylmercury dapat diserap oleh darah, otak dan plasenta. Akibatnya, merkuri ini cukup bahaya dan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran, masalah saraf, dan melambatkan pertumbuhan.

Jangan sesekali membeli produk kecantikan secara sembarangan di internet, melainkan dari sumber yang betul.

Foto – Muse

Walaupun anda terpukau dengan keberksesanan, tapi cegah dengan memilih produk secara berhati-hati.

  • Periksa pembungkusan pada produk
  • Beli produk dari kedai berlesen dan selamat
  • Elak bahan yang dikenali sebagai produk buatan sendiri, lagi-lagi produk buatan tangan
  • Periksa semula bahan apa yang terdapat di dalamnya

Memanglah teruja dengan perubahan yang cepat, tapi kalau binasakan kulit sendiri…

Tags: bahan krim putihbahan merkurikrim pemutihkrim putihkrim putih merkurisaraf manusiawanita pakai krim putih
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Baru Kahwin Dua Minggu Tapi Isteri Hamil Tiga Minggu, Suami Kena Tahu Sebabnya

Glamor Di Pagi Raya Dengan Koleksi Scha Alyahya Bersama Bonia, Memang Cun!

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.