Seronoknya dah boleh rentas daerah, pastinya peluang sebegini harus digunakan sebaik mungkin! Apa kata bawa keluarga, kawan, ataupun bergerak secara solo untuk bercuti di sekitar Lembah Klang.
Apatah lagi, banyak hotel-hotel di sekitar Lembah Klang telah mula menawarkan promosi yang menarik dengan harga yang berpatutan.
Nak tahu hotel mana yang menarik dan berbaloi untuk short vacation kamu, jom tinjau di bawah.
#1 Royale Chulan Kuala Lumpur
- Foto – Royale Chulan Kuala Lumpur
Nikmati suasana mewah di hotel Royale Chulan yang terletak di Kuala Lumpur, pelbagai promosi penginapan, makanan dan promosi lain menanti kamu dengan harga yang berpatutan untuk short vacation kamu.
Alamat: No 5, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur.
Website: Royale Chulan Kuala Lumpur
Sosial Media: Instagram, Facebook,
Promosi Penginapan: Trip Advisor
#2 Hotel KLoe
- Foto – Hotel KLoe Kuala Lumpur
Sebut saja hotel KLoe pasti terbayang dekorasi yang unik dan kontemporari menghiasi pandangan mata, hotel ini juga menawarkan tawaran promosi penginapan yang menarik buat pengunjungnya.
Jadi jangan ketinggalan untuk dapatkan tawaran menarik dan habiskan waktu cuti kamu dengan melakukan aktiviti kraf dan bersantai di hotel KLoe ini.
Alamat: No 27, Jalan Bukit Bintang, Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Website: KLoe Hotel Kuala Lumpur
Sosial Media: Instagram, Facebook,
Promosi Penginapan: KLoe Hotel Kuala Lumpur
#3 Hotel KL Journey
- Foto – Hotel KL Journey
Satu lagi hotel berbaloi untuk kamu terjah adalah hotel KL Journey, kini hotel ini menawarkan pelbagai promosi flexi 24 jam [Klik Sini].
Memang berbaloi rebut dan pastinya memberi jaminan kepuasan percutian yang gempak untuk kamu dan juga insan tersayang.
Alamat: No 30, Jalan Beremi, Off Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang 50200 Kuala Lumpur
Website: Hotel KL Journey
Sosial Media: Instagram, Facebook,
Promosi Penginapan: Hotel KL Journey
#4 Hotel New World
- Foto – Hotel New World Petaling Jaya
Cuci-cuci mata melihat kesibukan kota sebenarnya dapat memberikan satu kepuasan, dan hotel New World yang terletak di Petaling Jaya ini mampu berikan rasa kepuasan tersebut.
Dengan promosi yang menarik menanti kamu, memang tidak rugi menghabiskan masa dengan bersantai dan cuci mata di hotel kontemporari ini.
Alamat: Paradigm, 1 Jalan SS7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Website: Hotel New World
Sosial Media: Instagram, Facebook,
Promosi Penginapan: Hotel New World
#5 Hotel Banyan Tree
- Foto – Hotel Banyan Tree Kuala Lumpur
Bersantai dengan pemandangan yang memukau jiwa, pastinya dapat melupakan seketika penat dan kesibukan bekerja.
Alamat: No 2, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
Website: Hotel Banyan Tree
Sosial Media: Instagram, Facebook,
Promosi Penginapan: Hotel Banyan Tree
Jangan lepaskan peluang berehat dan cuci mata sekitar Lembah Klang, sambil menginap di hotel-hotel yang Wanista senaraikan diatas.
Selamat beramal♥