Wednesday, April 21, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

4 Tanda Kamu Sebenarnya Gopoh Dalam Soal Perkahwinan

by Sofie Azizlan
March 7, 2021
Foto - The Knot

Foto - The Knot

32
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa sahaja yang tidak mahu berkahwin? Tambahan pula bila lihat orang sekeliling sudah dan bakal berkahwin.

Kalau kamu nak tahu, pasangan yang bakal berkahwin ini ada tiga jenis. Ada yang sudah betul bersedia, berkahwin untuk puaskan hati orang dan ada yang tergopoh mahu ikut trend.

Jika keinginan untuk berkahwin semakin membuak selepas melihat orang sekeliling kahwin, berkemungkinan kamu sebenarnya gopoh dalam hal ini.

Mungkin Kamu Gopoh Kalau Alami Tanda Ini 

Ada sesetengah pasangan tidak boleh rasa seperti ‘tertinggal’ dalam soal perkahwinan apabila melihat rakan rapat mula berkahwinan.

Dan ada sesetengah ibu bapa atau orang sekeliling sering bertanyakan soal perkahwinan kepada kamu. Tetapi bahaya juga kalau kamu sebenarnya tidak bersedia menggalas tanggungjawab selepas perkahwinan.

Foto – Your Teen Magazine

Bukan apa, ia boleh membawa kepada perceraian kerana tidak bersedia menggalas tanggungjawab untuk kehidupan berumah tangga.

Jika kamu alami tanda-tanda ini, percayalah kamu sebenarnya gopoh dan hanya ingin ikut trend sahaja.

#1 Rasa tertekan lihat orang berkahwin

Tak salah untuk bercinta terlalu lama seperti 10 tahun ke atas tanpa mempunyai ikatan perkahwinan. Ini kerana kamu dapat mengenali pasangan dengan lebih lama.

Tetapi jangan pula rasa tertekan melihat rakan kamu bercinta dalam tempoh yang singkat dan terus berkahwin. Ini kerana jodoh masing-masing sangat berbeza.

Foto – Heartmanity Blog

Jika kamu rasa tertekan dan terus berkahwin tanpa memikirkan kesannya selepas perkahwinan, ia boleh mendatang kesan yang buruk dalam jangka masa yang lama.

Pastikan kamu dan pasangan betul-betul bersedia sebelum berkahwin. Ini kerana jika kamu buat keputusan yang salah dan terus berkahwin, tidak mustahil cinta yang dibina selama bertahun lama boleh musnah dalam sekelip mata.

#2 Tidak pernah berbincang mengenai kewangan 

Pernah tak kamu dan pasangan berbincang soal kewangan? Sama ada dari segi hutang, pinjaman, nafkah, komitmen dan sebagainya?

Jika tidak ia akan menjadi salah satu tanda yang bahaya. Ini kerana kamu dan pasangan tidak pernah tahu berapa banyak hutang dan kemampuan kewangan masing-masing selepas berkahwin.

IKLAN

Foto – Rocket Lawyer

Pada masa yang sama, kamu dan pasangan juga tidak mustahil akan meletak harapan yang tinggi terhadap kewangan masing-masing seperti hidup lebih selesa selepas berkahwin.

Jadi lebih baik berbincang terlebih dahulu mengenai kewangan masing-masing sebelum berkahwin. Hal ini adalah untuk mengetahui tahap kemampuan kewangan masing-masing dan tidak rasa ditipu selepas berkahwin.

#3 Berkahwin disebabkan untuk puaskan hati semua orang 

“Anak Makcik Timah sudah berkahwin dan ada anak dua orang. Kamu bila pula? Umur bukannya makin muda…”

Boleh jadi stress juga apabila kerap kali ditanya soalan yang sama iaitu bila mahu berkahwin, bila nak ada anak dan sebagainya. Soal perkahwinan ini bukannya boleh dibuat main kerana ia melibatkan sepanjang hidup kamu.

Foto – The Knot News

Jika kamu mengambil keputusan untuk berkahwinan disebabkan tidak tahan ditanya soalan yang sama dan ingin memuaskan hati sesetengah pihak, lebih baik kamu hentikannya.

Ini kerana perkahwinan tersebut tidak akan membuat kamu menjadi bahagia malah memberi tekanan disebabkan oleh tanggungjawab yang besar selepas berkahwin.

#4 Rasa ragu-ragu sama ada keputusan kamu betul atau tidak

Bagi sesetengah pasangan, akan ada masa mereka menjadi ragu-ragu mengenai keputusan yang diambil oleh mereka.

Sekiranya kamu merasai perasaan ragu-ragu terhadap perkahwinan kamu, lebih baik kamu berhenti seketika. Berbincang semula dengan pasangan kamu untuk mencapai kata sepakat dan buat keputusan.

Foto – Freepik

Tidak salah untuk berhenti seketika kerana kamu dan pasangan sudah semestinya tidak mahu perkahwinan ini berakhir dengan perceraian.

Soal perkahwinan ini tidak boleh dibuat main kerana kamu akan lihat pasangan kamu setiap hari. Boleh dikatakan sepanjang hidup kamu akan bersama dengan pasangan.

Jadi lebih baik bersedia betul-betul dan berkahwin apabila tiba masanya.

RUJUKAN: 1, 2

Tags: 4 tanda gopoh berkahwin4 tanda tidak bersedia berkahwinpasangan gopoh berkahwintanda gopoh dalam perkahwinantanda tidak bersedia kahwin
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

Nak Mengorat Lelaki? Jangan Sesekali Hantar Mesej Begini

5 Hijab Bawah RM100 Dari Bazaarlokal, Cantik Dan Berkualiti Saja!

Wanista Dah Cuba! FENTY BEAUTY Eaze Drop Blurring Skin Tint Memang Best

Faktor Utama Berat Badan Naik Mencanak Walau Berpuasa

Hebat 13 Cara Kamu Boleh Guna Bio-Oil, Yang Selama Ini Tak Tahu

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.