Sunday, April 18, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Hiburan

Pekerja Label Aktor Ji Soo Sebagai ‘Kurang Ajar’ Dalam Dunia Realiti

by Sofie Azizlan
March 8, 2021
Foto - Kdramapal / @actor_jisoo (Instagram)

Foto - Kdramapal / @actor_jisoo (Instagram)

27
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Mengaku terlibat dengan aktiviti tidak bermoral iaitu membuli ketika zaman persekolahan, aktor Ji Soo telah melakukan permohonan maaf secara terbuka terhadap mangsanya.

Pada masa yang sama petisyen pembuangan aktor tersebut daripada drama yang baru sahaja ditayangkan iaitu ‘River Where The Moon Rises‘ juga diluluskan.

Rentetan daripada isu membuli yang hangat diperkatakan itu, Ji Soo juga dikatakan tidak berubah. Malah bertindak lebih ‘kurang ajar’ dengan pekerja dan pengurusnya.

Sikap ‘Kurang Ajar’ Makin Melampau 

Menerusi sebuah posting dalam talian, seorang pengguna mengaku dirinya pernah bekerja dengan aktor tersebut selama tiga bulan.

Dia mendedahkan Ji Soo sememangnya seorang individu yang mempunyai sifat ‘kurang ajar’ yang melampau dalam dunia realiti. Pada masa yang sama, aktor tersebut sering berkelakuan buruk ketika set pengambaraan berlaku.

Foto – MEAWW

“Ketika di set pengambaraan, Ji Soo tidak akan menyapa sesiapa sahaja yang dilihatnya. Malah dia sering merokok, meludah dan membuang puntung rokok di merata-rata tempat.

Selain itu, Ji Soo juga tidak berlaku sopan terhadap pengurusnya dan melakukan sebagai ‘hamba abdi’ di mana dia akan membuatkan pengurus mengikut apa sahaja arahan diberinya.

IKLAN

“Perlakuan terhadap pengurusnya sangat tidak elok. Tak ubah seperti ‘hamba’ apabila dia akan memastikan pengurus melakukan apa sahaja yang dimintanya. Sama ada bawakan air, rokok dan sebagainya.”

Bukan pada pengurusnya sahaja, malah beberapa kakitangan pekerja lain yang dianggap lemah juga mengalami perkara yang sama.

Terima Hukuman Yang Sepatutnya

Perkongsian pekerja tersebut, aktor Ji Soo tidak akan pernah menunjukkan dirinya yang sebenar di hadapan pengarah. Malah apa yang dipertontonkan di hadapan umum dan kaca televisyen semuanya palsu 100%.

Foto – @actor_jisoo (Instagram)

Menerusi skandal dan kontroversi yang melibatkan nama aktor tersebut, KBS2 telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan pembuangannya daripada watak utama drama yang tengah berlangsung iaitu ‘River Where The Moon Rises‘.

Pada masa yang sama, pelakon itu juga telah mengesahkan dia akan mendaftar dalam perkhidmatan ketenteraan berwajib mulai Oktober 2021.

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: aktor ji sooisu buli korea selatanji soo river where the moon riseskontroversi buli ji sooselebriti kpop buliskandal buli ji soo
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

6 Transformasi Jaya Bachchan Dari Artis Muda Sehingga Menjadi Ahli Politik

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

[Temu Bual] Wanita Pun Boleh Pakai, BOXO Jual Boxer Unisex Yang Trendy Dan Selesa!

Yoona Guna Essence Estee Lauder Ini Untuk Kulit Lembut Gebu Seperti Bayi

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.