Friday, April 23, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Jenis-Jenis Vaksin Yang Malaysia Guna, Beza Setiap Satu Dan Kesannya

by Mas Idayu
March 8, 2021
Foto - The Straits Times/Bloomberg

Foto - The Straits Times/Bloomberg

10
SHARES
96
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kini semakin ramai rakyat telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera, dan pastinya ramai juga yang ingin mengetahui apakah jenis-jenis vaksin yang Malaysia terima bagi melawan penularan virus ini.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin Covid-19 melalui Fasiliti COVAX dan juga pembelian awal dari lima pengeluar vaksin Covid-19.

Pengeluar Vaksin Yang Malaysia Terima

Foto – Bloomberg

Ini antara pengeluar vaksin yang telah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), dan juga Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) yang Malaysia terima dan guna pakai.

Foto - SBS

Tak Dapat Bersama Secara Normal, Jurutera Guna VR Untuk Seks Siber

March 19, 2021
Foto - WBFF

Kenapa Vaksin COVID-19 Perlu Ambil Sehingga 2 Dos?

February 26, 2021
  • Pfizer – Amerika Syarikat
  • AstraZeneca – United Kingdom
  • Sinovac – China
  • CanSino Biologics – China
  • Sputnik V – Rusia

Jenis-Jenis Vaksin Dan Fungsinya

Dari kelima-lima pengeluar vaksin ini, Malaysia menggunakan tiga jenis vaksin bagi melawan virus maut ini dan setiap satu vaksin ini mempunyai fungsi tersendiri bagi melawan virus Covid-19 di dalam tubuh manusia.

Vaksin mRNA

Foto – Bloomberg/Financial Times

Pengeluar vaksin: Pfizer

Fungsi: vaksin jenis ini menggunakan molekul mRNA, bagi merangsang imuniti manusia dengan mensasarkan protein yang terdapat pada virus.

Vaksin Vektor Virus

IKLAN

Foto – The Straits Times

Pengeluar vaksin: AstraZeneca, CanSino Biologics dan Sputnik V

Fungsi: manakala vaksin ini pula menggunakan virus pembawa yang dikenali sebagai vektor yang tidak merbahaya, bagi menyampaikan bahan genetik virus sasaran supaya merangsangkan tindak balas imun manusia.

Vaksin Nyahaktif

Foto – Daily Sabah

Pengeluar vaksin: Sinovac

Fungsi: vaksin yang satu ini pula, menggunakan virus yang telah dimatikan dan digunakan untuk merangsang tindak balas imun manusia.

Kesan Sampingan

Foto – Utusan

Pakar telah membuat pemerhatian terhadap kesan suntikan ketiga-tiga jenis vaksin ini kepada penerima vaksin, dan hasilnya terdapat beberapa kesan sampingan boleh berlaku pada penerima vaksin.

Ini antara kesan sampingan yang boleh berlaku pada penerima vaksin dan difahamkan kesan sampingan ini hanyalah bersifat sementara.

  • Sakit, bengkak atau kemerahan pada tempat yang disuntik.
  • Berasa penat
  • Sakit kepala
  • Menggigil
  • Sakit sendi
  • Demam
  • Loya
  • Rasa tidak sihat
  • Timbul bengkak di kelenjar limfa
Foto – Free Malaysia Today

Penerima suntikan akan menerima notifikasi pemantauan bagi Kesan Sampingan Susulan Imunisasi (AEFI), menerusi aplikasi MySejahtera dan melaporkan sebarang kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin.

Diharap vaksin-vaksin ini dapat mematikan virus Covid-19 dan sekaligus menghentikan penularan pandemik ini dengan segera.

Rujukan

Tags: covid-19fungsi vaksinjenis-jenis vaksin covid-19kesan sampingan vaksinMalaysiavaksinvaksin covid-19
Share4SendShare

ARTIKELTERKINI

Kenapa Ada Orang Lepas Makan Terus Rasa Nak Buang Air Besar?

Wanita Jepun Ini Dedah Minum Teh Pisang Rahsia Anti-Penuaan

Sah! Maskara Maybelline Sky High Memang Buat Bulu Mata Panjang, Ini Buktinya

Mari Kenali Personaliti Seseorang Melalui Cara Menghias Rumah

Selain Hilangkan Mata Panda, Ini Bagusnya Letak Eye Patch

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.