Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Kalau Badan Rasa Sakit, Picit Bahagian Ini Di Tapak Kaki

by Sofie Azizlan
March 8, 2021
Foto - Massage Magazine

Foto - Massage Magazine

5
SHARES
49
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah kamu tahu refleksologi beberapa titik di bahagian kaki boleh melegakan kesakitan yang dialami oleh badan dan sistem saraf badan?

Bukan sahaja melegakan, malah beberapa titik ini dapat mengatasi tekanan dan menjaga kesihatan organ tubuh yang lain.

Menurut kajian yang dilakukan, refleksologi kaki ini mempunyai kecenderungan dan potensi yang sama dalam melegakan kesakitan yang dialami seperti ubat-ubatan.

Foto - Penn State News

Cuba Urut Kaki Cara Ni Kalau Nak Tidur Nyenyak

March 3, 2020

Kali ini, Wanista akan kongsikan beberapa titik di tapak kaki yang boleh legakan sesetengah kesakitan yang dialami oleh badan mahupun sistem saraf kamu.

Apa Sebenarnya Titik Refleksologi?

Kaedah refleksologi adalah sejenis urutan yang melibatkan tekanan yang berbeza di beberapa bahagian di kaki mahupun tangan.

Berdasarkan teori, beberapa bahagian badan ini dihubungkan melalui organ dalam badan serta sistem badan yang tertentu.

Tujuan refleksologi dilakukan adalah untuk mengurangkan ketegangan serta membuatkan beberapa bahagian badan menjadi tenang dan tidak tertekan.

Foto – Mirrors Beauty Lounge

Sebelum mengurut di bahagian kaki atau tangan, kamu perlu tahu beberapa titik dan cara yang betul untuk mengurut supaya ia dapat berikan hasil maksimum pada organ tertentu di dalam badan.

Walaupun kaedah refleksologi ini dilakukan di beberapa bahagian badan, tetapi yang popularnya adalah refleksologi kaki.

Jika difikirkan kaki merupakan bahagian badan yang paling bawah sekali. Tetapi jika kamu lakukan urutan dan tekanan yang betul, hasilnya boleh dirasai semaksimum mungkin sama seperti bahagian lain.

Beberapa Bahagian Ini Rasa Sakit? Cuba Buat Macam Ini 

  • Seluruh badan berasa sakit 

Jika kamu berasa seluruh badan menjadi sakit, cuba duduk di atas kerusi dan letakkan sebuah bola kecil seperti bola tenis atau golf.

GIF – Healthline

Kemudian kamu gerakkan bola tersebut dalam gerakan membulat menggunakan tapak kaki. Lakukan selama 5 minit sehingga 8 minit dan berhenti seketika. Ulang sehingga kamu rasa lebih baik dan tidak sakit.

IKLAN

  • Rasa gelisah yang melampau

Ada beberapa keadaan boleh membuatkan seseorang individu menjadi terlalu gelisah. Jika kamu mengalami keadaan ini, fokuskan pada bahagian bawah ibu jari kaki.

Foto – ASK

Kamu hanya perlu urut bahagian bawah ibu jari perlahan-lahan sehingga ke bahagian tengah kaki. Lakukan beberapa kali dan berhenti seketika.

Kalau kamu kerap mengalami kegelisahan, kaedah ini sangat sesuai dan mudah dilakukan untuk menghilangkannya.

  • Makin menjadi-jadi sakit PMS 

Ketika seorang perempuan mula datang haid, sudah semestinya dia akan merasai sakit pada bahagian rahim, faraj, kepala, badan dan juga kaki.

Foto – ASK

Untuk hilangkan rasa sengal dan sakit tersebut kamu boleh gunakan kaedah ini. Iaitu dengan menekan atau mengurut salah satu lekuk kaki iaitu di bahagian tepi kaki.

Kemudian menggunakan tangan yang lain, kamu perlu menekan bahagian tengah jari kaki. Tujuannya adalah untuk longgarkan ovari, rahim dan kelenjar hipotalamus di otak.

  • Setiap malam jadi susah untuk tidur 

Susah nak tidur malam? Alami insomnia? Kamu boleh atasinya dengan melakukan refleksologi di tapak kaki.

Foto – ASK

Untuk membuatkan kamu tidur dengan nyenyak dan tenang, kamu perlu menekan kedua-dua ibu jari kaki dengan kerap. Kemudian, urut dengan perlahan keseluruhan permukaan ibu jari untuk merehatkan badan.

Kaedah yang dilakukan ini dapat berikan rasa yang tenang dan tidak tertekan bagi sesetengah individu yang mengalami insomnia.

  • Rasa sakit di bahagian bawah belakang badan 

Rasa sakit pada bahagian ini boleh terjadi disebabkan oleh dua perkara. Sama ada kamu mengangkat benda berat atau mengangkat barang dalam posisi yang salah.

Foto – ASK

Sekiranya kamu merasai kesakitan ini, duduk di tempat yang rata dan selesa. Kemudian tekan dan urut bahagian tepi tapak kaki.

Urut dari bahagian bawah jari sehingga menghampiri tumit kaki. Lakukan beberapa kali sehingga belakang kamu rasa okay dan tidak sakit.

Walaupun hasilnya tidak seperti ahli refleksologi lakukan, tetapi ia cukup berkesan dan efektif untuk kamu mengurangkan rasa sakit di bahagian badan ketika berada di rumah.

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: badan sakit tekan tapak kakikalau badan sakit tekan bahagian inirefleksologirefleksologi tapak kakitapak kaki boleh legakan sakit
Share2Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Baru Kahwin Dua Minggu Tapi Isteri Hamil Tiga Minggu, Suami Kena Tahu Sebabnya

Glamor Di Pagi Raya Dengan Koleksi Scha Alyahya Bersama Bonia, Memang Cun!

Selain Susu Badan Bagus Untuk Bayi, Ini Kebaikannya Pada Si Ibu

7 Restoran Tawar Buffet Iftar Murah Bawah RM100 Berbaloi Terjah Ramadan Ini

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Minuman Starbucks, Cuba Yang Ini!

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.