Tanyalah mana-mana wanita yang miliki jerawat badan akan menyatakan betapa tertekannya diri, melihat badan bercanak-canak dengan jerawat di seluruh badan.
Masalah jerawat badan seperti ini merupakan mimpi buruk bagi setiap wanita, siapa yang ingin badan mereka dipenuhi dengan jerawat dan meninggalkan parut hitam pada tubuh betul tak?
Jangan risau, ada berita baik untuk wanita yang mempunyai masalah jerawat badan kerana doktor Lim Ing Kien berkongsi rahsia bagaimana nak hilangkan jerawat badan.
Nak tahu apakah rahsianya, selongkar jawapannya di bawah.
Sabun Sulphur Rahsia Ampuh Hilangkan Jerawat Badan
- Foto – Verywell Health
Doktor Lim berkongsi rahsia untuk menghilangkan jerawat badan adalah menggunakan sabun sulfur dan paling bagus cari sabun sulfur yang juga mengandungi salicylic acid.
Kedua-dua bahan ini mampu menangani masalah jerawat badan yang ramai wanita alami pada masa kini, rata-rata wanita akan mencari antibiotik kerana menyangka ianya lebih berkesan tetapi cara tersebut salah.
Jadi bagi mana-mana wanita ingin hilangkan jerawat badan secara berkesan, maka sabun sulfur adalah kuncinya untuk kembalikan tubuh yang licin tanpa jerawat.
Badan Kembali Licin Jika Rajin Guna
- Foto – Well Good
Menurut doktor Lim yang juga dikenali sebagai doktor Ingky dengan menggunakan sabun sulfur selama dua hingga tiga minggu, jerawat badan akan hilang tetapi ianya juga bergantung pada jenis kulit setiap individu juga.
Boleh Dapati Di Mana-Mana Farmasi
- Foto – Borneo Kaki/MediiSkinStudio
Kini di pasaran, sabun sulfur sangat mudah untuk didapati dan harganya juga sangat berpatutan dan orang ramai boleh dapatkannya di farmasi berhampiran kediaman masing-masing.
Ini antara sabun-sabun sulfur yang boleh kamu beli.
- Bioshield Skin Solutions RM20 [BELI]
- Biosulphur Medicated Soap RM7.88 [BELI]
- Nixoderm Sulfur & Salicylic Asid Soap RM10.78 [BELI]
- JF Sulfur Soap RM8.27 [BELI]
Kalau nak hilangkan jerawat badan, cubalah pakai sabun sulfur ini dahulu dan lihat hasilnya selepas dua atau tiga minggu penggunaan.
Selamat beramal♥