Digelar sebagai seorang pahlawan atau “Puteri Demokrasi Myanmar”, Ma Kyal Sin iaitu seorang gadis berusia 19 tahun telah ditembak maut.
Kejadian itu berlaku ketika sebuah demontrasi secara besar-besaran di Mandalay disertai oleh ramai penunjuk perasana yang menuntuk pembebas Aung San Suu Kyi.
Myanmar yang mendapat perhatian dan kritikan dari seluruh negara, ini yang kamu perlu tahu mengenai gadis ini.
Siapa Sebenarnya Ma Kyal Sin?
Gadis yang berusia 19 tahun ini dilihat memakai T-shirt yang bertulis “Everything Will Be Ok” pada hari terakhirnya ketika menyertai perhimpunan tersebut.
Kyal Sin atau dikenali sebagai Angel merupakan seorang atlet Taekwando dan juga penari yang berasal dari Mandalay, Myanmar.
Untuk pengetahuan kamu, sebelum Angel menyertai perhimpunan ini, dia telah menulis sebuah posting mengenai jenis darah dan memberi kebenaran untuk organnya didermakan pada mereka yang memerlukan sekiranya dia maut.
Kronologi Kematian Ma Kyal Sin
- Bersama dengan puluhan ribu penunjuk perasaan yang lain, Angel menyertai perhimpunan tersebut.
- Ketika hari kejadian, Angel sedar akan bahaya dan risiko akibat menyertai demonstrasi jalanan yang boleh ragut nyawanya.
- Pihak polis dan tentera telah menggunakan peluru hidup serta gas pemedih mata untuk meleraikan demonstrasi.
- Angel menolong orang ramai dengan salurkan air paip bagi mencuci mata akibat terkena gas tersebut.
- Pada masa yang sama, dia juga menolong orang lain untuk selamatkan diri daripada terkena tembakan rambang.
- Sebanyak 38 kematian penunjuk perasaan dilaporkan dan salah seorangnya adalah Angel.
- Orang ramai melihat dia ditembak tepat di kepala dan maut di jalanan.
Apa Yang Berlaku Di Myanmar?
Myanmar berhadapan dengan pergolakan politik apabila tentera mula merampas kuasa dan menjatuhkan pemerintah termasuklah Aung San Suu Kyi.
Setelah mereka berjaya, Myanmar telah diisytiharkan sebagai negara yang darurat.
Melihatkan perampasan kuasa oleh pihak tentera, rakyat mula mengatur langkah dengan melakukan perhimpunan demonstrasi dan menunjuk perasaan sebagai tanda protes.
Pergerakan himpunan demonstrasi itu berkembang dengan cepat dan ratusan ribu rakyat seluruh negara tersebut mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan menentang polis dan tentera.
Ramai Yang Bersedih Dan Berikan Gelaran Kepadanya
Melihatkan kematian gadis yang tidak bersalah itu telah mengundang kesedihan seluruh negara Myanmar malah negara luar juga.
Pada masa yang sama, Angel yang digelar sebagai “Puteri Demokrasi Myanmar” telah menjadi simbolik baru bagi pejuang aktivis demokrasi di Myanmar.
Kalau kamu lihat, ramai orang mula membanjiri Facebook miliknya dan beberapa sosial media yang lain dengan mengatakan dia seorang gadis yang berani menentang pergolakan kuasa dan menuntut pembebasan pemimpinannya.
Dan ada juga orang yang menghantar ucapan-ucapan takziah dan rasa sedih mereka terhadap kematian Angel.
Rest in peace ‘Angel’ ♥