Semakin moden zaman semakin banyak kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak berlaku, dan antara salah satu sebab mengapa semua ini berlaku adalah ramai ibu bapa muda sebenarnya tidak bersedia untuk ada anak.
Jangan pelik kerana memang ada segelintir ibu bapa muda, tidak bersedia atau tidak terfikir pun untuk ada anak dalam masa yang terdekat.
Jadi mengapa hal ini boleh berlaku, ikuti kupasan penuhnya di bawah.
#1 Faktor Mentaliti: Tidak Bersedia Untuk Jadi Ibu Bapa
- Foto – Days Of The Year
Salah satu sebab mengapa kebanyakan pasangan muda tidak bersedia untuk ada anak adalah, kerana mentaliti kedua-dua pasangan tidak bersedia untuk menambah ahli keluarga.
Mentaliti memainkan peranan yang penting dalam kehidupan pasangan yang berumahtangga, jika psikologi mereka berdoa atau salah satu dari pasangan menolak untuk ada anak awal maka ia akan mempengaruhi keseluruhan hubungan.
#2 Faktor Gaya Hidup: Lebih Selesa Hidup Berdua Dengan Pasangan
- Foto – Healthline
Selain itu, gaya hidup kedua-dua pasangan muda ini juga harus diambil kira kerana ia boleh mempengaruhi pilihan sama ada nak ada anak atau sebaliknya.
Rata-rata kebanyakan pasangan muda merasakan gaya hidup mereka yang sekarang ini tanpa anak. adalah lebih baik dan mereka lebih selesa dalam persekitaran sebegitu.
#3 Faktor Kerjaya: Kerja On/Off Tidak Sesuai Ada Anak
- Foto – Remote
Bukan itu saja, faktor kerjaya yang tidak menentu jadual waktunya, membuatkan mereka tidak memerlukan atau tidak sesuai nak ada anak.
#4 Faktor Kewangan: Ekonomi Tak Cukup Tampung Anak
- Foto – The Malaysian Reserve
Masalah kewangan juga merupakan antara sebab utama mengapa ramai pasangan muda tidak bersedia hendak miliki anak, jika hidup berdua pun makan ala kadar apatah lagi nak menjaga anak yang pastinya memerlukan kewangan yang banyak.
#5 Faktor Keluarga: Desakan Zuriat
- Foto – Love To Know
Dan yang terakhir adalah, pasangan muda selalu menerima desakkan dari kedua-dua buah keluarga untuk segera lahirkan zuriat keluarga.
Mendengar desakan sebegitu secara kerap, membuatkan kedua-dua pasangan tidak mahu dan merasakan diri mereka tidak sesuai untuk menambah ahli baru dalam keluarga.
Jika di lihat faktor-faktor di atas, tidak mustahil mengapa kebanyakan ibu bapa muda sebenarnya tidak bersedia untuk ada anak apatah lagi lagi banyak tanggungjawab lain yang harus di pikul.
Diharap perkongsian ini memberi manfaat, selamat beramal♥