Pernah tak kamu terfikir, ciri-ciri lelaki jenis yang manakah menjadi pilihan para wanita tidak kiralah sebagai calon teman lelaki atau suami?
Berdasarkan pemerhatian, lelaki yang mempunyai saudara perempuan dikatakan sebagai pilihan yang tepat dan terbaik untuk wanita.
Agak-agak kamu kenapa ye?
Lelaki Jenis Ini Idaman Para Wanita
Kamu sangat bertuah jika memiliki lelaki jenis ini. Ini kerana mereka lebih memahami wanita berbanding dengan lelaki yang tidak mempunyai saudara perempuan.
Untuk pengetahuan kamu, lelaki yang tiada saudara perempuan mempunyai waktu yang rumit untuk memahami ‘selok belok’ mengenai wanita.
Berbeza sangat dengan lelaki yang mempunyai saudara wanita, di mana mereka lebih peka dan mudah memahami diri serta apa yang wanita mahukan.
5 Sebab Kenapa Wanita Suka Sangat!
Tak hairalah kalau lelaki yang mempunyai saudara perempuan mendapat ‘mata’ lebih berbanding dengan lelaki lain.
Sesuai sangat untuk dijadikan sebagai calon teman lelaki mahupun suami, ini antara sebab kenapa wanita suka sangat dengan lelaki jenis ini.
-
Peka Terhadap Wanita
Susah untuk cari lelaki yang boleh berikan perhatian dan peka terhadap perubahan diri wanita sama ada dari segi emosi dan sebagainya.
Kebiasaannya lelaki yang mempunyai saudara perempuan sudah terbiasa melihat ragam dan perangai wanita di dalam rumahnya. Tidak kiralah ibunya ataupun saudara perempuan.
Jadi tak hairanlah kalau lelaki jenis ini boleh detect sekecil-kecil perubahan dalam diri teman wanita atau isteri mereka. Disebabkan sudah terbiasa sejak kecil lagi, wanita tiada mood pun mereka boleh tahu dalam sekelip mata.
-
Tanam Rasa Hormat Dalam Diri
Tak semua lelaki tiada rasa hormat terhadap wanita. Lelaki yang mempunyai saudara perempuan selalunya sedar bahawa wanita perlu dilayan dengan lebih baik dan hormati mereka.
Lelaki jenis ini selalunya mempunyai tahap hormat yang berbeza pada wanita tidak sama seperti lelaki lain.
Kebanyakan mereka sering berfikir jika mereka tidak layan dan hormat wanita, orang lain akan lakukan perkara yang sama pada saudara perempuan mahupun ibu mereka.
-
Faham ‘Masalah-Masalah’ Wanita
Nama pun wanita, sudah semestinya mereka mempunyai ‘masalah’ berkaitan dengan wanita.
Tidak kiralah senggugut atau mood swings, sudah semestinya mereka tahu cara yang betul untuk ‘mengurus’ wanita dalam waktu-waktu ini.
Kalau kamu kehabisan tuala wanita atau pantyliner dan mahukan mereka membeli? Jangan terkejut pula kalau mereka sebutkan jenama dan jenis di pasaran.
-
Ada Tahap Kesabaran Yang Tinggi
Disebabkan terlalu lama menghadapi situasi dan ‘masalah’ yang sama, lelaki jenis ini dikatakan mempunyai tahap kesabaran yang lebih tinggi berbanding dengan orang lain.
Disebabkan terlalu lama menghadapi isu dan ‘masalah’ yang sama, lelaki jenis ini dikatakan mempunyai tahap kesabaran yang lebih tinggi dan tenang berbanding dengan lelaki yang lain.
Tak semua jenis lelaki boleh bersabar, kalau kamu memiliki lelaki yang mempunyai ciri seperti ini lebih baik kamu hargainya!
-
Senang Berbincang Dan Capai Kata Sepakat
Lelaki jenis ini mudah untuk berbincang dan mencapai kata sepakat untuk meleraikan salah faham mahupun pergaduhan.
Ini kerana mereka sudah tahu cara yang sebetulnya kerana sudah biasa mengendalikan situasi berkaitan dengan wanita di rumah.
Sudah terbiasa mengendalikan situasi berkaitan dengan wanita di rumah, lelaki jenis ini dikatakan lebih senang berunding dan tahu waktu yang sesuai untuk mengikut rentak dan corak wanita.
Berbeza dengan lelaki tiada saudara perempuan, mereka berkecenderungan untuk menjadi lebih ego dan tidak mahu kalah dengan wanita.
Setiap lelaki mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing tidak kiralah mereka mempunyai saudara perempuan ataupun tidak.
Jangan pula kamu fikirkan lelaki lain tidak sama seperti ciri lelaki jenis. Ada yang sama dan kamu hanya perlu mencarinya.