Lipas dalam serbuk kopi? Satu perkara serius yang kita kena bincangkan.
Perkara ini selepas didedahkan oleh seorang doktor menerusi video TikTok. Dr Karan Rajan mendapat perhatian di media sosial setelah berkongsi serangga iaitu lipas sering dijumpai dalam serbuk kopi.
@dr.karanr Coffee & cockroaches #coffee #bug #learnontiktok #schoolwithdrkaran #sciencefacts
Serbuk Kopi Mengandungi Lipas Dan Serangga
Doktor bedah NHS menjelaskan bahawa serbuk kopi mengandungi peratusan lipas dan serangga lain dalam ramuannya dan tidak dapat diproses sepenuhnya.
Ia tidak dilakukan dengan sengaja. Kebetulan serangga tersebut masuk ke dalam kantung biji kopi.
Kajian 10% Biji Kopi Diserang Serangga
The Food and Drug Administration melakukan kajian yang menunjukkan bahawa sehingga 10% biji kopi (dan kadang-kadang lebih banyak) diserang lipas dan serangga lain.
- Foto – The Mirror
Pembuat kopi tidak dapat memproses sepenuhnya, jadi serangga turut sama dipanggang dan digiling dengan biji kopi sekali.
Dia juga mendedahkan bahawa kebanyakan pihak berkuasa membenarkan peratusan serangga dalam makanan.
Selamat Tapi Kalau Alahan Patut Elak
Malah, ia selamat untuk dimakan dan tidak akan mempengaruhi anda. Serangga mempunyai sedikit protein yang ramai orang tak tahu.
Walau bagaimanapun, kalau anda mengalami alahan patut elak serbuk kopi apatah lagi meminumnya.
Netizen Terkejut Dengan Pendedahan Mengejutkan
Ramai yang menonton video tersebut terkejut dengan pendedahan dan bergurau bagaimana ia telah ‘merosakkan’ kehidupan mereka dan menyebabkan mereka mahu berhenti minum kopi.
- Foto – Stockys
- “You’re telling me I have been drinking the very thing I am terrified of my entire life!??”
- “Okay dude some information you do not need to tell us, we are all coffee drinkers how dare you ruin our coffee in the morning.”
- “I really didn’t need this kind of negativity before going to sleep.”
- “Me drinking coffee at the moment.”
Sumber Protein Daripada Serangga
Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sesetengah serangga mengandungi dua protein mentah yang terdapat dalam daging dan ikan sementara serangga di peringkat larva, kaya dengan lemak, vitamin dan mineral.
- Foto – The Mirror
Serangga sebenarnya mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi berbanding haiwan lain seperti lembu ataupun ayam. Hampir 1,000 spesis serangga yang boleh dimakan seperti belalang, cengkerik dan anai-anai.
Terkejutkan? Tapi sekurang-kurangnya anda dah dapat protein dari kopi yang anda minum setiap hari.