Siapa suka teh, kita geng!
Sebenarnya ramai pencinta teh di Malaysia ini, rata-rata ramai yang mencari port-port tempat untuk minum teh secara santai sama ada bersendirian mahupun ditemani dengan rakan baik.
Kalau nak tahu tak susah pun nak cari tea house yang menyediakan perkhidmatan teh yang bermutu, rasa yang unik, dan aroma yang menenangkan jiwa.
Nak tahu di manakah lokasi tea house tersebut, jom jejak bersama Wanista di bawah.
#1 Tanah Dan Air
Bagi yang teringin merasai teh dari air tangan artisan maka kamu perlu mengunjungi tea house Tanah Dan Air ini, banyak pilihan teh yang boleh kamu pilih seperti Long Jing, Huang Jin Gui Taiping Houkui dan pelbagai resepi teh yang lain.
Alamat: C-G-3B, Happy Mansion, Jalan 17/13, 46400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Rabu – Ahad Ι 1.00 Petang – 9.00 Malam
Media Sosial: Instagram Ι Facebook
#2 Paloma Tea House
Rasa tenang dan lapang melihat rekaan dalaman Paloma Tea House yang terletak di Cheras ini, ditambah pula dengan merasai aneka teh original dari Jepun dan China pasti akan buat kamu jatuh cinta.
Alamat: 25-1, Jalan Dataran Cheras 2, Dataran Perniagaan Cheras, 43200 Cheras, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali hari Rabu Ι 12.00 Tengah hari – 10.00 Malam
Media Sosial: Instagram Ι Facebook
#3 Leaf Lohas
Nikmati aneka teh klasik seperti Yunnan Red Old Tree, teh hijau Wu Yuan, teh Liu Bao dan pelbagai resepi teh lain, maka kamu perlu lawati tea house Leaf Lohas yang terletak di Cheras ini.
Pastinya pengalaman dan rasa teh yang ditawarkan sangat berbaloi, kalau tak percaya kenalah cuba jejak di Leaf Lohas ini dahulu!
Alamat: A-GU3, Jalan C180/1, Dataran C180, 43200 Cheras, Selangor
Waktu Operasi: Khamis – Sabtu Ι 11.00 Pagi – 7.00 Petang
Media Sosial: Instagram Ι Facebook Ι Website
#4 Hype Concept Cafe
Teringin menikmati teh Inggeris sambil merasai aneka manisan yang comel dan lazat, maka Hype Concept Cafe yang terletak di Subang Jaya ini destinasinya.
Kafe ini menawarkan teh berkualiti bersama pelbagai variasi dan bentuk manisan yang memukau pandangan mata.
Alamat: A9-G, Jalan SS15/4D, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (10.00 Pagi – 11.00 Malam) Ι Jumaat – Ahad (10.00 Pagi – 12.00 Tengah malam)
Media Sosial: Instagram Ι Facebook
#5 Betjeman & Barton
- Foto – Betjeman & Barton
Nikmati aroma teh France yang segar dan lazat di Betjeman & Barton yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur, lebih kurang 80 pilihan teh untuk pencinta teh pilih dan nikmati.
Semestinya lokasi yang wajib untuk dijejaki sama ada secara solo mahupun bersama rakan-rakan, dan rasai aneka teh yang berbeza sambil duduk berehat santai di kafe ini.
Alamat: P3.01.03, Tingkat 3, Pavilion Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari Ι 10.00 Pagi – 10.00 Malam
Media Sosial: Facebook Ι Website
Bagi pencinta teh seperti kamu memang wajib jejaki tea house ini, pengalaman menikmati air teh yang disediakan oleh artisan memang berbeza dari air teh kamu buat sendiri di rumah.
Jangan lepaskan peluang, untuk lepaskan tekanan sambil menikmati rasa teh segar di tea house ini. Selamat beramal♥