“Gatalnya muka, rasa nak garu sangat…” Mesti ramai pernah rasa benda macam ini. Seakan ada benda merayap di muka. Itu adalah hama.
Makhluk bersaiz mikro yang hidup di dalam kulit muka yang kita sendiri tidak nampak dan sedari.
Hama Muka Dikenali Sebagai Demodex
Dipanggil Demodex, hama ini tinggal dekat folikel rambut pada kulit manusia, tersembunyi di dalam liang roma dan memakan sel-sel kulit mati.
- Foto – Healthline
Hama ini berukuran mikroskopik, kira-kira 0.01 inci (0.3 milimeter), jadi anda tidak dapat lihat dengan mata kasar.
Gif mikroskopik memberikan gambaran mendalam tentang bagaimana hama ini menghabiskan masa di muka anda dengan meremukan lapan kakinya dan mengangakan mulut untuk memakan minyak dan sel kulit.
Faktor Penyumbang Masalah Kulit
Walaupun kedengaran tidak menyenangkan, tapi sebenarnya adalah perkara biasa. Hama hanya menjadi masalah jika ia memburukkan lagi keadaan kulit yang sedia bermasalah seperti rosacea.
Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa sejumlah besar boleh menjadi faktor penyumbang kepada masalah kulit seperti berjerawat.
- Foto – Dailymail UK
Hama Demodex lebih suka hidup dan membiak di muka orang yang cenderung mempunyai kulit berminyak dan lebih banyak kulit mati.
Walau bagaimanapun, hama hanya boleh merayap sekitar 10mm dan hidup pada maktu malam. Para pengkaji sepakat hama boleh mendatangkan pelbagai gangguan kulit dan mata termasuk rosacea dan blepharitis.
Simptom Hama Demodex
Ramai orang mempunyai hama di kulit tidak mengetahuinya. Sebilangan kecil hama tidak menyebabkan simptom.
- Foto – Irish News
Tetapi jika ada mengalami masalah kulit seperti berikut, maka hama sedang merayap di muka.
- Kulit gatal atau bersisik
- Kemerahan
- Sensasi terbakar
- Kulit terasa kasar seperti kertas pasir
- Ekzema
Bagaimana Nak Hilangkan?
Oleh kerana hama ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan untuk masalah kulit seperti rosacea.
Sebilangan besar orang memilikinya, dan kebersihan kulit muka yang konsisten akan memastikan pembiakan hama terkawal. Boleh dirawat oleh pakar dermatologi.
- Foto – Byrdie
Rutin penjagaan muka bukanlah satu-satunya langkah pencegahan untuk mengatasi hama muka. Anda juga harus menjaga kebersihan persekitaran bilik tidur, dengan mencuci sarung bantal dan cadar untuk memastikan persekitaran yang bersih untuk kulit.
Sentiasa jaga kebersihan. Selamat beramal!