Tuesday, April 13, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kembara

Warna-Warni, Kampung Pelangi Kuala Selangor Tarikan Terbaru!

by Sofie Azizlan
March 12, 2021
Foto - Rizal Hakimm Punyer (Facebook)

Foto - Rizal Hakimm Punyer (Facebook)

39
SHARES
392
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sebut sahaja Kampung Pelangi, pasti ramai yang membayangkan sebuah perkampungan yang terletak di Indonesia. Betul tak?

Kampung Pelangi yang terletak di Indonesia merupakan sebuah perkampungan yang biasa sahaja dan telah melakukan “makeover“. Hasilnya ia menjadi salah satu lokasi hot dalam kalangan para pelancong.

Dengar sahaja pun sudah best kan? Kalau nak melancong ke sana buat masa sekarang memang tidak boleh. Tetapi kamu jangan risau!

Sekiranya kamu teringin nak pergi ke Kampung Pelangi di Indonesia, kini kamu boleh rasai pengalaman yang sama dengan melancong sebuah lokasi ini yang hanya terletak di Selangor sahaja!

Tarikan Terbaru, Kampung Pelangi Kuala Selangor (KPKS)

Dibuka sejak 5 Mac yang lalu, Kampung Pelangi Kuala Selangor (KPKS) yang terletak di Bukit Hijau merupakan tarikan terbaru untuk para pelancong di seluruh negara.

Foto – Kampung Pelangi Kuala Selangor (Facebook)

“Pembangunan Kampung Pelangi Kuala Selangor ini diinspirasikan oleh Kampung Pelangi yang terletak di Indonesia, Korea dan Taiwan” ujar Pengaran Urusan Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC), Ustaz Kamil.

Foto – Rizal Hakimm Punyer (Facebook) / Kampung Pelangi Kuala Selangor (Facebook)

Di seluruh KPKS, kamu boleh mendapati pelbagai jenis hiasan, warna dan pemandangan yang dapat menarik ramai pelancong untuk datang terutamanya bagi mereka yang gemar bergambar.

Pada Awalnya Hanya Sebuah Tapak Kem 

Untuk pengetahuan kamu sebelum wujudnya KPKS, lokasi hanyalah sebuah tapak kem sahaja.

Wujud sejak 2015 lagi, lokasi ini menjadi pilihan bagi individu atau organisasi yang mahu menganjurkan pelbagai jenis aktiviti dalam berkumpulan sama ada kecil atau besar.

Foto – KSCC (Blog)

Antara aktiviti yang sering dianjurkan adalah kem kepimpinan pelajar, kem motivasi, hari keluarga dan sebagainya. Tetapi semuanya berubah sejak COVID-19 menular di seluruh dunia.

“Sejak COVID-19 menular, saya ambil keputusan untuk menaik taraf lokasi ini untuk menjadi kunjungan orang”, ujar Ustaz Kamil.

Pelbagai Jenis Aktiviti Di KPKS

Untuk pengetahuan kamu, KPKS ini bukan sahaja berfokuskan kepada warna-warni setiap bangunan dan prasarana sahaja. Malah pelbagai jenis aktiviti disediakan.

Menurut Ustaz Kamil, KPKS sangat menitikberatkan pelbagai jenis aktiviti riadah yang melibatkan keluarga.

IKLAN

Foto – Kampung Pelangi Kuala Selangor (Facebook)
Foto – Kampung Pelangi Kuala Selangor (Facebook)

Paling best dekat sini, KPKS telah menyediakan sebuah zoo mini yang mempunyai pelbagai jenis binatang seperti rusa, kuda, burung unta, iguana dah banyak lagi.

Foto – Kampung Pelangi Kuala Selangor (Facebook)
Foto – Kampung Pelangi Kuala Selangor (Facebook)
Foto – Kampung Pelangi Kuala Selangor (Facebook)

Selain itu untuk penggemar aktiviti lasak, kamu boleh melakukan beberapa aktiviti seperti sukan memanah, menaiki ATV, memancing, bermain bola padang, barbeku dan sebagainya.

Boleh Menginap Di Sini 

Selain daripada mengunjungi tempat ini, para pengunjung juga boleh menginap di beberapa jenis penginapan yang cukup menarik!

Antaranya adalah Homestay, Busstay, Cabinstay, Tubestay, Villastay, Arabianstay dan Hobbitstay.

Foto – Kampung Pelangi Kuala Selangor (Facebook)
Foto – Kampung Pelangi Kuala Selangor (Facebook)
Foto – Kampung Pelangi Kuala Selangor (Facebook)
Foto – Kampung Pelangi Kuala Selangor (Facebook)

Untuk pengetahuan kamu, wang bayaran tiket masuk, sewaan bilik penginapan dan bayaran pakej akan diperuntukan bagi kelestarian Pondok Balai Ilmu (PBI).

Tujuan PBI ini adalah untuk sediakan pengajian Iqra’ dan Al-Quran bagi kanak-kanak. Manakala pengajian Fiqh Muslimat dan pengajian Daurah Kitab adalah untuk umum secara percuma kepada masyarakat setempat.

Semasa mengunjungi Kampung Pelangi Kuala Selangor ini, keselamatan para pengunjung dan SOP yang ketat dititikberatkan bagi menyekat penularan wabak COVID-19.

Lokasi:

Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC)

[Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, 45800 Jeram, Selangor]

Waktu:

  • Isnin-Jumaat (9 pagi-5 petang)
  • Sabut-Ahad (9 pagi-6 petang)

Bayaran:

  • Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: Dewasa (RM15) / Warga Emas & Kanak-Kanak 3tahun-12tahun (RM10)
  • Hari Biasa: Dewasa (RM12) /  Warga Emas & Kanak-Kanak 3tahun-12tahun (RM8)

[Kanak-kanak bawah 3 tahun adalah PERCUMA]

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: kampung bukit hijaukampung pelangikampung pelangi kuala selangorkampung pelangi malaysiakampung pelangi selangor
Share16Tweet10Send

ARTIKELTERKINI

5 BB Cushion Paling Best Pakai, Ada Di Farmasi!

Guna 4 Produk, Wanita Ajar Cara Mudah Dapatkan Glass Skin

Cari Juadah Berbuka, Ini Lokasi Bazar Ramadan Sekitar Lembah Klang Dan Selangor

Jarang Berlaku, Wanita Dedah Tumbuh Satu Payudara Sahaja

Usia Dah 50-an, Pelakon Maria Farida Masih Maintain Awet Muda.. Jealous Tau!

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.