Sunday, April 18, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

8 Tanda Organisma Parasit Duduk Dalam Badan Anda

by Malisa Aina
March 12, 2021
Foto - Medical Group

Foto - Medical Group

27
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bunyi agak menyeramkan, tapi ianya memang benar-benar berlaku. Organisma parasit mungkin sedang menjangkiti tubuh badan anda tanpa anda sedari.

Parasit adalah organisma hidup dan memakan organisma lain di dalam tubuh badan. Beberapa contoh parasit termasuk tapeworms, roundworms, pinworms, whipworms, dan hookworms. Parasit terdapat dalam pelbagai bentuk, sehingga boleh menyebabkan pelbagai gejala parasit.

Baca : Awas Parasit Ini Mungkin Sedang Menjangkiti Badan Kamu

Foto – The Healthy

Bagaimana boleh dijangkiti parasit? Makanan yang tidak dimasak seperti daging, ayam, makanan laut, ikan mentah, buah-buahan dan sayur-sayuran yang tercemar adalah penyebab biasa.

Berenang di tasik, kolam, atau sungai juga dapat menyebabkan jangkitan parasit. Anda boleh juga dijangkiti parasit ketika bersama dengan haiwan. Beberapa parasit bahkan boleh memasuki badan melalui bahagian bawah kaki anda.

Sebaik saja seseorang dijangkiti parasit usus, mudah untuk menyebarkannya. Berikut adalah tanda-tanda perlu anda tahu.

Perubahan Selera

Bila anda menjalani keadaan seperti tak rasa puas atau kenyang selepas makan. Rasa mual, kembung perut dan tahap kelaparan berkurang juga merupakan tanda-tanda parasit menyerang badan.

Anemia

Foto – www.doctorzara.com

Anemia kekurangan zat besi adalah gejala parasit yang biasa disebabkan oleh kehilangan darah melalui najis dan pengambilan tisu darah.

Ketap Gigi

Perbuatan mengetap gigi semasa tidur boleh menjadi masalah kerana jangkitan parasit usus menyebabkan kegelisahan dan gangguan tidur.

IKLAN

Masalah Pencernaan

Sembelit, cirit-birit, kembung perut boleh menjadi gejala parasit yang sedang menimbulkan kekacauan pada usus anda.

Keletihan

Keletihan, kemurungan, atau perasaan apathy yang sering terjadi bukan hanya tanda-tanda parasit, tetapi juga disebabkan oleh kekurangan zat makan dan anemia.

Sakit Sendi dan Otot

Foto – Dynamic

Kesakitan pada otot atau sendi boleh menjadi gejala parasit usus. Ini kerana parasit menyerang sendi, dan juga mengeluarkan toksin yang menyebabkan keradangan, memberi kesan negatif terhadap fungsi dan pergerakan badan.

Masalah Kulit

Kerengsaan kulit atau ruam, gatal-gatal, rosacea atau ekzema boleh menjadi gejala parasit kerana parasit boleh merebak hingga ke lapisan kulit teratas.

Masalah Tidur

Masalah tidur atau bangun berkali-kali pada waktu malam adalah gejala parasit kerana parasit tertentu menyebabkan ketidakselesaan fizikal.

Selain itu, toksin yang dilepaskan oleh parasit juga boleh menyebabkan anxiety kerana hubungan neurotransmitter atau sel darah anda, yang menyebabkan perubahan mood. Gejala toksin lain yang dilepaskan oleh parasit termasuk masalah tidur, kerengsaan kulit, dan sakit otot.

Foto – Medical News Today

Parasit usus sukar untuk disingkirkan, terutamanya jika anda mempunyai sistem imun yang lemah. Ramai pesakit yang menderita parasit dinasihatkan untuk melakukan pembersihan parasit. Diet termasuk elak makanan berminyak dan proses, gula, alkohol, kafein dan tenusu.

Amalkan pemakanan sihat. Selamat beramal!

RUJUKAN

Tags: organisma parasitparasit hidup dalam badanparasit usustanda parasit serang badantubuh dijangkiti parasit
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

9 Tips Penjagaan Kebersihan Wanita Yang Perlu Diberi Perhatian

6 Transformasi Jaya Bachchan Dari Artis Muda Sehingga Menjadi Ahli Politik

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

[Temu Bual] Wanita Pun Boleh Pakai, BOXO Jual Boxer Unisex Yang Trendy Dan Selesa!

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.