Apa yang kita faham dengan bahan aktif dalam sesuatu produk penjagaan kulit? Adakah bahan kimia?
Istilah bahan aktif dalam produk penjagaan kulit merujuk kepada bahan kimia yang secara aktif bertindak pada masalah kulit tertentu, seperti jerawat, pigmentasi, atau garis-garis halus sehingga menimbulkan perubahan yang sangat kelihatan pada kulit.
- Foto – Beauty Blog
Sebilangan bahan aktif dalam produk telah terbukti secara saintifik mengenai kehebatannya pada kulit sehingga banyak produk memasukkan ramuan ini dalam produk mereka.
Ceramides
Ceramides merupakan pelindung untuk mencegah kehilangan kelembapan pada kulit dan melindunginya dari kerosakan akibat toksik dan bahan pencemar.
Bahan aktif ini juga merupakan penyelesaian untuk anti-penuaan dan ia dapat menyelamatkan anda dari kulit kering, kerengsaan kulit, ekzema atau psoriasis.
Niacinamide
- Foto – A Beauty List
Niacinamide adalah penyelamat untuk kulit bermasalah. Mempunyai sifat antioksidan, jadi membantu untuk merawat jerawat, rosacea, dan hiperpigmentasi.
Hyaluronic Acid
Sekiranya anda mempunyai kulit kering, hyaluronic acid dapat membantu menghidrat dan melembapkan kulit anda kerana bahan ini sebenarnya berasaskan air. Bahan ini juga melambatkan kesan penuaan dan dapat merawat garis-garis halus dan kedutan.
L-Ascorbic Acid
- Foto – Metro Vein
Lebih dikenali sebagai vitamin C, bahan ini mempunyai sifat antioksidan yang kuat. Bukan hanya mencerahkan kulit dan melindungi dari sinaran UV berbahaya, ia juga berfungsi baik untuk menghilangkan garis-garis halus, parut dan kedutan.
Retinol
Retinol dalam produk penjagaan kulit mempunyai sifat anti-penuaan, menjadikan kulit lebih halus dan kencang. Bahan ini juga merawat jerawat, garis halus, kedutan, bintik-bintik halus dan pori-pori yang tersumbat.
Benzoyl Peroxide
- Foto – Allure
Bahan aktif ini sangat berkesan untuk membunuh bakteria dan mengurangkan pengeluaran minyak. Dalam produk, ia biasanya digunakan untuk merawat jerawat dan bintik-bintik hitam/putih.
Beta-Hydroxic Acid (Salicylic Acid)
Bahan aktif ini berfungsi dengan mengelupas sel kulit mati untuk membantu memperbaiki tekstur dan warna kulit. Sekiranya anda terdedah kepada jerawat, bintik-bintik atau pori-pori yang tersumbat, bahan asid ini dapat menyelesaikan masalah.
Alpha-Hydroxic Acid (AHA)
Bahan ini untuk pengelupasan, kerana ia menghilangkan sel-sel kulit mati, menjadikannya lebih halus, kencang dan lebih terhidrat. Bahan aktif ini juga dapat mengatasi banyak masalah kulit dengan merawat garis-garis halus, bintik-bintik dan pori yang membesar.
- Foto – Aedit
Aktif adalah bahan yang terbukti secara saintifik untuk mengubah struktur kulit anda pada tahap sel. Ia bahan yang berfungsi untuk memperbaiki, meremaja, menghidrat, melindungi dan menyuburkan kulit.
Jadi, sebelum membeli satu produk, kenal pasti bahan yang terkandung agar sesuai dengan masalah kulit yang anda ingin atasi.
Selamat Beramal!