Kebanyakan orang kata anak-anak dari keluarga jutawan dan kaya-raya ini, biasanya tak rapat dengan ibu bapa sendiri. Tapi betulkah andaian serta persepsi itu, atau ianya hanya spekulasi semata-mata?
Kalau nak tahu sama ada anak-anak dari keluarga jutawan ini rapat atau tidak dengan ibu bapa mereka, ikuti kupasan penuhnya di bawah.
Bergantung Pada Jenis Keluarga
- Foto – Entertainment Weekly
Jadi persoalan adakah anak keluarga jutawan selalu tidak rapat dengan ibu bapa mereka, jawapannya bergantung pada keluarga itu sendiri atau lebih tepat lagi bagaimana ibu bapa menjaga keluarga masing-masing.
Jika ibu bapa lebih pentingkan kerjaya hingga tiada masa untuk anak-anak mereka, maka ianya tidak mengejutkan jika anak-anak tersebut tidak begitu rapat dengan ibu bapa mereka sendiri kan?
Perniagaan Masyuk Tapi Anak Terabai
- Foto – About Her
Kalau perasan kebanyakan anak-anak dari keluarga jutawan ini menonjolkan perangai memberontak di depan ibu bapa mereka kerana mereka rasa terabai dan tidak merasa kasih sayang yang cukup dari ibu bapa mereka.
Memanglah perniagaan keluarga masyuk, tetapi kesannya anak-anak tidak lagi menganggap ibu bapa mereka sebagai insan penting dalam hidup mereka dan memilih berlibur sebagai penghilang rasa sunyi.
Tiada Bonding Emosi Dan Jarang Berkomunikasi
- Foto – Pinterest
Kalau nak tahu kebanyakan kes anak-anak yang tidak rapat dengan ibu bapa sendiri adalah kerana, tiada bonding emosi atau bercakap dari hati ke hati bersama anak-anak.
Sudahlah begitu, kesibukan bekerja membuatkan ibu bapa tiada masa untuk berkomunikasi bersama anak sendiri jadi tidak peliklah bila anak sudah dewasa pun hubungan ibu bapa dan anak jadi jangkal.
Anggap Anak Matang Sendiri
- Foto – Pinterest
Kadang-kala ibu bapa jutawan ini menganggap anak-anak mereka semuanya dah matang atau cepat matang, hanya kerana suasana serta persekitaran keluarga yang serba berbeza dari orang biasa.
Jadi siapa yang harus dipersalahkan?
- Foto – The Irish Sun/ Tatler
Bukan semua ibu bapa yang kaya-raya mementingkan kerjaya hingga mengabaikan anak-anak mereka, tetapi hakikatnya memang ada keluarga jutawan begitu dan ibu bapa kandung sendiri tidak rapat dengan anak sendiri.
Anak-anaklah mangsa sebenarnya dan tidak kiralah ibu bapa dari keluarga miskin atau kaya, keutamaan dalam keluarga harus diberikan kepada anak-anak dan bukannya lepas tangan begitu saja.
Semoga isu yang dikongsikan ini, memberi manfaat buat semua selamat beramal♥