Orang kata rahang yang tajam bikin rupa paras kamu seksi.
Tapi macam mana nak mendapatkan rahang idaman? Model Itali kacak bergaya ini kongsikan transformasinya dengan melakukan senaman mulut untuk jawline yang tajam.
Transformasi Dramatik Setelah Bertahun Melatih Rahang
Model Itali, Luca Marchesi dengan bangga berkongsi transformasi wajahnya yang dramatis di TikTok setelah bertahun-tahun melatih rahangnya.
https://www.tiktok.com/@lucamarchesi_lm/video/6935148774121688326?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.dailymail.co.uk%2F&referer_video_id=6935148774121688326
Bintang TikTok yang sudah miliki wajah runcing hasil latihan bertahun-tahun mengejutkan penonton dengan rupa ‘baru’ yang memperlihakan rahangnya hampir berbentuk segitiga, perubahan rahangnya cukup ketara.
Kata Luca nak mendapatkan rahang ekstrem ini, dia fokus melakukan senaman mulut selama dua bulan.
Kunyah Produk Senaman Untuk Menguatkan Otot
Luca menggunakan produk senaman mulut dengan meletakkan di depan gigi dan mengunyahnya sebanyak yang mungkin.
- Foto – TikTok
Amalan ini telah menghasilkan definisi dramatik pada garis rahang Luca. Senaman ini mengerakkan otot masseter, yang bertanggungjawab untuk mengunyah, menaikkan dan menurunkan rahang.
Pakar Beri Amaran Masalah Kesihatan
Pakar telah memberi amaran bahawa senaman ini boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan berlaku pada otot rahang.
Bila otot masseter terlalu banyak bekerja, ia boleh menyebabkan masalah seperti migrain dan TMJ, sakit sendi temporomandibular – bertanggungjawab untuk pergerakan rahang anda.
- Foto – Instagram
Ini adalah otot-otot yang menghubungkan tulang rahang ke tulang pipi dan membantu kita mengunyah, jadi dinasihatkan untuk tidak melakukan pergerakan yang berlebihan.
Menurut National Institute of Dental and Craniofacial Research, TMJ boleh menyebabkan kesakitan di muka, rahang, atau leher, kekejangan otot rahang, pergerakan terhad yang menyakitkan semasa membuka atau munutup mulut, serta perubahan pada gigi.
- Foto – Getty
Janganlah kita terikut-ikut dengan trend di TikTok, tidak semua memberi manfaat untuk kesihatan. Tak perlu sampai susahkan diri semata-mata untuk nampak cantik sempurna.