Pernah tak kamu lihat di cermin, bahagian T-zone kamu sangat berminyak? Memang nightmare untuk individu kulit berminyak!
Lagi-lagi kalau mekap, memang tak akan tahan sampai ke petang dan paling lama pun sampai waktu tengahari sahaja.
Untuk elak mekap daripada luntur, takkanlah kamu nak touch-up setiap kali ke tandas?
Kalau tak mahu perkara itu terjadi, ketika mekap kamu perlu pastikan kamu guna produk yang betul-betul matte dan berikan finish look yang shine-free.
Wanista Syorkan 6 Produk Best
-
L’OREAL PARIS Infallible Pro-Matte Powder [RM 68.28]
Boleh didapati di drugstores, L’Oreal Paris Infallible Pro-Matte Powder ini memberikan wajah kamu full-coverage tanpa hasil yang bercapuk.
Tak perlu touch-up dengan kerap, hanya sekali dua sahaja wajah kamu akan kelihatan segar, matte dan natural sehingga 16 jam.
-
FENTY BEAUTY Invisimatte Blotting Powder [RM 122]
Dengan serta-merta produk ini tidak akan menampakkan wajah kamu cakey, pori menjadi tersumbat atau penampilan garis halus menjadi ketara di wajah.
Berfungsi untuk menyerap minyak dan pudarkan kilauan di wajah terutamanya bahagian T-zone, kamu akan dapat natural matte look seolah-olah memakai filter.
-
THE BODY SHOP Mint Mattifying Face Mist [RM 34.24]
Mengandungi bahan seperti pudina, ekstrak rumpai laut dan tanah liat kaolin, setiap bahan ini berupaya untuk menjaga kulit selain menyegarkan wajah kamu.
Ekstrak rumpai laut dan pudina merupakan astrigents yang ringan manakala tanah liat kaolin merupakan bahan yang efektif dalam menyerap minyak lebihan.
-
URBAN DECAY De-Slick Makeup Setting Spray [RM 145]
Fungsi setting spray adalah untuk mengunci mekap kamu daripada rosak atau luntur dalam jangka masa panjang walaupun cuaca menjadi lembap atau panas.
Selain berfungsi sebagai pengunci mekap kamu, produk ini juga dapat mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan dan menjadikan mekap serta wajah kamu sentiasa segar.
-
NYX PROFESSIONAL MAKEUP Shine Killer Primer [RM 57.59]
Primer ini memang terkenal dengan ‘sifat’ menyerap minyak dengan cepat dan mengelakkan wajah daripada ‘berkilat’ sepanjang hari.
Untuk hasil yang terbaik, sapukan primer ini di bahagian T-zone dan pipi. Kemudian tunggu selama 5 minit sebelum kamu menggunakan foundation.
-
CLINIQUE Anti-Blemish Solution Liquid Makeup [RM 162]
Jika kamu mengalami wajah berminyak dan berjerawat, memang sesuailah pakai produk ini.
Clinique Anti-Blemish Solution Liquid Makeup mempunyai fungsi sebagai double whammy iaitu memberikan coverage tanpa membuatkan wajah nampak cakey atau merengsakan.
-
MAYBELLINE Fit Me Matte + Poreless Foundation [RM 37.38]
Memang mendapat feedbacks dan reviews yang baik daripada orang ramai, foundation ini berupaya untuk meminimumkan liang pori dan menyerap lebihan minyak.
Boleh didapati dalam pelbagai jenis shades, memang tak rugilah kamu membeli foundation ini.
Selain menggunakan produk mekap yang sesuai untuk wajah berminyak, pastikan kamu menggunakan produk penjagaan wajah yang tepat mengikut jenis kulit utuk kesan yang lebih efektif!
Selamat beramal ♥